Wednesday, June 29, 2016

Kegatalan Semasa Hamil Di Trimester Ketiga

Assalamualaikum,

Siapa dekat sini pernah alami situasi yang sama seperti Nelly.. Gatal-gatal satu badan, gatal yang amat sangat, badan naik bintik-binik merah yang gatal amat sangat. Nelly tengah alami sekarang. Mula-mula ingat nyamuk gigit, tapi lama-lama bintik-bintik melarat satu badan. Paling teruk bila waktu malam, sampai menganggu nak tidur. Memang kejap-kejap akan terjaga sebab tak tahan gatal.

Nelly ada tanya pakar pasal perkara nie, jawapan dia sama ja macam yang Nelly search dekat pakcik google. Kegatalan nie dipanggil Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP). Panjang gila nak sebut. PUPPP nie biasanya terjadi di trimester ketiga, yang mengandung anak kembar dan kelahiran pertama. Semua gejala-gejala tu memang ada dekat Nelly. PUPPP nie juga tak tahu punca, tanya doctor dia cakap pembawakan budak, akan hilang selepas melahirkan. Jenuhh weii nak tahan gatal tiap-tiap malam. Nasib baik siang hari Nelly kerja dekat dalam bilik yang ada aircond. Tak ada la rasa gatal sangat, kalau terdedah kat cahaya matahari sure lagi menjadi-jadi. Tidur malam pun sekarang pun kena pakai aircond, dulu janji kat diri sendiri nak jimat, jangan pakai aircond, tapi dah jadi cmni siap aircond + tiga buah kipas angin. Itu pun tak membantu sangat.. Buat masa sekarang Nelly hanya pakai Calamine Cream, gatal tak hilang, tapi boleh la membantu kurangakan sekejap. Kalau tak rasa macam monyet, mengaru ja. Habis berparut. Doctor pun tak berani nak bagi ubat, sebab tengah pregnant. hmmmm

Kalau korang ada petua cmne nak hilang kegatalan macam bawah nie..Minta kongsikan tips ye... Memang tak tahan sangat, jenuh nak tunggu sampai beranak, Nelly ada another 7weeks untuk cukup 40 weeks, kalau beranak awal selamat laaa...(^_^)




Thanks for reading.

Cinta Nelly.




1 comment:

  1. boleh tahan teruk jugak. tak tahu la pulak petua pasal ni sebab tak pernah kena lagi :(

    ReplyDelete

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)