Saturday, June 25, 2016

Happy New Year 2016

Hi,

Tengok tajuk macam pelik ja, mungkin ada yang fikir Nelly tersilap atau tengah mamun. Helloo im fine, memang sengaja letak tajuk macam tu, saja nak bagi peringatan untuk diri sendiri yang malas. Tapi Nelly akui memang rinduuuu sangat nak update blog, tambah dalam keadaan sekarang yang berbadan 2 ni....YES. Im pregnant. hehehe :)

Terkejut, tiba-tiba ja kan, gambar kahwin pun tak ada update pun, tiba-tiba preggy dah.. Hehehe..Nanti kita update picture kahwin titeww k.. :)

Now im preggy 32 weeks, WHAT??..lagi sekali terkejut.. dah nak dekat tarikh bersalin dah..baru nak story morry sini.. hehehe..Maafkan saya.. Mengandung kali nie memang susah sangat nak sesuaikan diri. Maklumlah pengalaman pertama preggy, i know nothing about preggy.

Tak tahu la orang lain cmne time diorang preggy, but for me. Its was nightmare waktu awal-awal kehamilan. Nelly morning sickness teruk gila, makan muntah, makan muntah. Rasa macam nak tidur dalam toilet. Dengan tak boleh bau yang pelik-pelik, masak memang tak berasap la dapur rumah. Tiap hari makan luar. Basuh pinggan, menyapu, kemas rumah memang tak buat. Bayangkan keadaan my house time tu. Nasib baik Nelly dapat suami yang baik dan sangat memahami. Syukur Alhamdulillah. Nelly trauma sangat muntah and the worst thing, i dont know how to muntah. Kadang-kadang tak sempat lari, bersepah juga. eeee...jangan amagine la cmne.. :P

Pss pssss..*datang dekat nak bisik* Ada berita gembira nak bagitahu, im preggy TWIN...hahahah.,. Lagi skali terkejut tak?? Mungkin sebab tu pregnant Nelly lain sikit kot. Sampai tak update blog, walhal dalam kepala otak nie rindu gila nak menulis, macam-macam nak tulis, Tapi kesempatan tu tak ada, rasa macam nak tidur, nak rest ja, tak nak fikir apa, Nelly jadi camtu lama juga la sampai masuk trimester kedua..tak sudah dengan tu asyik keluar masuk hospital akibat pendarahan, sampai la sekarang doctor pun tak boleh nak bagi kata putus apa punca pendarahan tu. sob sob sob..

Apa-apa pun doakan kesihatan Nelly and my twins. Nanti nelly share lagi pengalaman sepanjang preggy twin. Mungkin berbeza sikit dari orang yang preggy seorang. :)

Nah Nelly share picture my twin, time nie dah 2month. Time ni juga la 1st time Nelly tahu Nelly preggy kembar. Perasaan time tu macam nak nangis, sebak, terkejut, berpeluh dahi, bila doctor sahkan im preggy twin. Time tu pula pergi scan sorang-sorang hubby tak ikut. Rasa macam nak pengsan. Lepas dah boleh fikir dengan waras, i got idea nak tengok reaksi hubby pula. Then malam tu hari yang sama pergi scan lagi dekat klinik swasta pula. Time nie memang rajin gila kami pergi scan baby. Teruja bila tengok baby sangat active dalam perut. Kami sampai tak kisah bayar mahal untuk scan, asalkan dapat tengok our twins. Rasa macam nak bawa balik ja mesin scan tu. (^_^)



Thanks for reading,

Cinta Nelly.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)