Friday, December 19, 2014

Leteran Seorang Bapa

Assalamualaikum.

Salam jumaat. Sempena hari yang mulia ini. Nelly nak muhasabah diri Nelly dengan mengingati pesanan-pesanan bapa Nelly. Sejak dia jauh nie, sudah tak ada pesanan-pesanan yang boleh mendorong Nelly menjadi anak dan kakak yang baik untuk adik-adik dan family. 

Korang pernah tak bergaduh dengan adik beradik sedarah korang? Tipu la kan tak pernah gaduh. Mesti sampai ada yang cakap "benci" dengan kakak, abang or adik. Dulu waktu kecil, Nelly selalu protes. Kenapa semua salah Nelly ja yang kena "ceramah". Adik-adik Nelly buat salah juga tapi tak kena pun. Memang sangat tidak adil. Nelly rasa macam kenapa la Nelly dilahirkan sebagai anak sulong?  Tapi sekarang bila dah dewasa, baru Nelly faham kenapa. Baru Nelly sedar semua nasihat or "ceramah" itu adalah untuk kebaikan Nelly. Mungkin bapa nak Nelly kuat untuk gantikan tempat dia. Tahan dengan kerenah adik-adik Nelly. Sejak dua menjak nie Nelly kerap sangat bertikam lidah dengan adik perempuan Nelly. 


"Bapa sekarang kakak faham kenapa bapa selalu berleter dekat kakak. Selalu salahkan kakak kalau itu bukan salah kakak. Sampai kakak benci jadi anak sulong"


Pesanan yang kakak ingat dan kini berhantu dalam hidup kakak. Setiap pesanan bapa seolah-olah mengiringi hari-hari kakak supaya kakak tak pernah tersilap langkah dan tahan dengan kerenah adik-adik.


"Kakak jangan la gaduh-gaduh dengan adik hang, teruk camne pun dia tetap adik hang. Dalam dunia nie ada hampa ja adik beradik. Kalau hang tak tolong adik hang siapa lagi nak tolong depa. Kalau adik hang susah hang kena tolong, jangan berkira dengan adik hang. Hampa adik beradik kalau berpecah, bapa akan susah hati.


I miss u dad !!! ....



6 comments:

  1. bagusnya...
    ayah saya tak berleter.. slalu mak ja

    ReplyDelete
  2. bapa selalu jarang leter, selau mak plg kuat leter tp sbnrya leteren bapa la plg byk maksud tersirat. :)

    ReplyDelete
  3. Setiap leteran seorang ayah tu mesti bersebab kan?

    ReplyDelete
  4. tanda sayang hehe..tu la..kadang stress juga asyik leter ja..tapi bila berjauhan..rindu pula..leter tu tujuan nak bagi kita ingat :) sayang mama abah!

    ReplyDelete

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)