Wednesday, October 15, 2014

Birthday Giveaway by EshaZara




Cara Penyertaan:
  1. Follow blog saya EshaZara Healthy Blog
  2. Buat satu entry Birthday Giveaway by EshaZara
  3. Gunakan banner di atas, dan link kan ke entry giveaway saya ni
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen

Hadiahnya....

Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee!! Apa yang best dengan herbal blend ni, boleh klik SINI.



Giveaway bermula dari hari ini 14 Oktober 2014 sehingga 24 Oktober 2014

Pemenang akan diumumkan pada 25 Oktober 2014

GOOD LUCK!!! 


Friday, October 10, 2014

Surprise Buat Bonda Ku

Helloo..Salam Jumaat.

On 25 Sept baru-baru nie birthday my bonda tercinta. Nelly plan buat small surprise. Nelly buat di Lone Pine Hotel tempat Nelly berkerja. So senang la nak plan dengan diorang suprise untuk mummy.

Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan lancar. She was soo happy. Bagi Nelly, kebahagian seorang anak adalah apabila melihat ibu dan bapanya tersenyum gembira.

Tak nak borak panjang-panjang. Just nak share beberapa kenangan yang akan terpahat di hati buat selamanya. Tapi sebelum itu. Buat Bonda tercinta, ini untuk mu.



Untuk tatapan anda dan kenangan manis buat Nelly.... :)

With birthday girl. Mummy Zetty

Mother and Arif

Nelly bergambar dengan 2 orang yang paling berharga


Wajah kesayangan Nelly

video
Short Video sebab mummy kita malu-malu la..tak boleh tunjuk semua.


Hargai lah ibu dan bapa anda selagi mereka ada. Buat bapa ku yang jauh tapi dekat di hati.. 

I will doa same thing also if you here. Akak larat sangat akak tak dapat balas segala budi bapa bila akak dah besar nie. One day i will find you. That is my Promise. Please take care yourself for me. Akak akan sentiasa doakan kesihatan dan kebahagian bapa walau dimana pun bapa berada. I love u more than myself. 



Salam Sayang
Cinta Nelly

Wednesday, October 1, 2014

Jom Diet Ikut Jenih Darah

Assalamualaikum..

Holla October..Bye bye September, InsyaALLAH kita jumpa lagi tahun depan ye.. Tik Tok !! Tik Tok!! Sekejap ja masa berlalu. Rasa macam baru semalam je sambut New Year 2014. Azam 2014 macam 1 pun tak terbuat lagi.. :(

Nelly rasa tahun depan Nelly kena tambah 1 lagi Azam. Azam kena keep fit, kena kuruskan badan at least 5kg. Berat badan Nelly naik mendadak. Dah makin ramai yang tegur. Bila ada yang tegur keyakinan diri pun jatuh merudum.



Korang pun sure akan jadi camtu kan. Nampak baju cantik, tapi bila pakai tak cantik, yang nie ketat, yang nie tak selesa. I dont like that feeling. Keyakinan diri itu penting untuk Nelly tampil lebih yakin dan berani. Bila berat badan dah naik nie, semua benda jadi malas nak buat. Dah tahu berat badan dah naik, tapi malas nak pergi jogging, nak berjalan pun malas. Nelly kalau pergi Mall, seboleh-bolehnya nak cari parking depan pintu, see betapa malasnya Nelly nak jalan. Korang pun mesti akan rasa benda yang sama. Betul tak?? Betul tak??

Tengok picture nie..Picture latest Nelly. Nelly ada masalah nak kurangkan lemak di pinggang dan peha. Bahagian tu akan naik dulu kalau makanan tak jaga. :(


Tengah frust dengan masalah berat badan, tiba-tiba terjumpa kaedah diet mengikut jenis darah. Mana tahu macam nie lebih berkesan.

DARAH A
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DARAH B
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DARAH A&B
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

DARAH O
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


Nelly kumpulan Darah O, so kena makan daging. Nelly tak berapa gemar daging. Boleh tak nak tukar ke ayam. :)
Tak kisah la camne pun, yang penting disiplin and control makan.

Jom pada siapa yang nak join Nelly berdiet. Jom cuba diet mengikut jenis darah korang. Lepas nie, hope tak ada lagi yang tegur "Bulat la sekarang", "U getting weight", "Berisi lani, pipi tu dah bulat"..Ni semua ayat boleh buat Nelly terjun bangunan ooooo :)

Good Luck ualllzzz!!!