Friday, June 27, 2014

Selangkah Ke Alam Perkahwinan


Assalamualaikum and Salam Jumaat

Kejap je kita dah nak berpuasakan, terus terang Nelly masih lagi belum bersedia dari segi mental. Nafsu makan membuak-buak sekarang nie. Mata, telinga, hati pun rasanya turut tak bersedia. Tapi nak tak nak kena juga bersedia dan Nelly akan cuba buat yang terbaik supaya puasa nanti diterima-NYA, kalau tak sia-sia ja.

Cuti sekolah baru-baru nie semua kawan-kawan Nelly pakat mendirikan rumah tangga, majoriti hampir 80% dah berkahwin, siap akan ada yang tengah tunggu kelahiran baby sulong lagi. Sangat jealous, bila la giliran Nelly. Jodoh tak sampai lagi. Tapi disebabkan semangat itu ada, Nelly dengan geng-geng yang tak kahwin lagi menghadiri kursus kahwin baru-baru nie. 


Selalunya yang menghadiri kursus kahwin nie orang akan cakap dah ada perangcangan nak kahwin, sure dah bertunang or lagi 2 3 bulan nak kahwin. Tapi korang nak tahu, majoriti yang datang tu segelintir ja yang betul-betul ada plan nak kahwin dalam masa terdekat. Yang lain hanya jadi peneman dan percaya dengan desas desus berita yang kursus perkahwinan lepas nie akan dilanjutkan selama seminggu and yuran akan naik harga bla bla bla. Sebenarnya Nelly dah tanya sendiri, tak ada pun memo yang akan cakap benda tu terjadi, tak ada pun dalam perancangan diorang yang harga akan naik or kursus dilanjutkan seminggu. So jangan la korang percaya ye, semua tu khabar angin yang tak boleh percaya.

Kursus nie hanya berlangsung 2 hari dihujung minggu (sabtu and ahad), pukul 8.30 hingga 5 petang dan ada satu ujian bagi melayakkan dapat sijil, but dont worry soalan dia senang-senang ja, ikut logik ja. Kursus nie pasal persediaan kita nak ke alam rumah tangga, dia akan cerita pahit manis rumah tangga dan cara kita nak tanggani masalah-masalah dalam rumah yang akan datang. Untuk kaum isteri camne korang nak jaga kebersihan diri dan maruah suami, procedure-procedure untuk berkahwin, apa dokumen nak kena ada. Macam-macam la, semua tu kita Patut and Wajib tahu. Topik actually boring sikit tapi nasib baik penceramah-penceramah pandai buat lawak. Nelly gelak sampai pecah perut. Nasib baik tak pergi dengan bakal suami. Kalau tak dia terkejut tengok Nelly gelak besar cmtu.

Jom layan picture yang sempat Nelly snap waktu kursus hari itu, tapi tak banyak la sebab dalam masjid kena jaga kelakuan. =)

Muka happy dah habis kursus, siap bergambar dengan sijil sekali.


Hari pertama kursus, kami datang lambat so terpaksa la duduk depan sekali. Masalah duduk depan sekali, kalau mengantuk tak boleh tidur, nak main handpone pun sembunyi-sembunyi. Nasib baik dia tak suruh bangun jawap soalan. =)


Makanan disediakan, so tak payah risau la bab makan. Nie untuk tempat kursus yang Nelly ambil la, tempat korang tak pasti ada sediakan ke tak. Nelly ambil dekat Masjid Negeri Pulau Pinang.


Hari Kedua kursus, kami datang awal so tak payah duduk dekat depan lagi dah. Boleh pejam mata sesaat and main message. Niat ja macam tu, tapi tak buat pun sebab hari kedua presentation best, pensyarah asyik buat lawak sampai letih gelak.


Kami bertiga tak ada perancangan untuk berkahwin lagi, niat pergi kursus saja nak buat persediaan awal nanti tak payah fikir dah pasal kursus. Kursus kahwin nie WAJIB tau, sebab dia salah satu dokumen yang Tok Kadi akan minta. Kalau tak ada tak boleh kahwin. =)



************************** PESANAN TUAN BLOG ***************************

**Minta sila tekan butang "LIKE" Online Business Nelly iaitu Nellys Collection dekat bawah nie. Terima Kasih kepada yang telah "Like". Thanks for your support.

6 comments:

  1. Ana join dulu pun sebab saje2..gi sekali ngan kawan ana yg nak kawin. Tapikan masa ana pegi dulu, takde ujian kertas ni. Abis je kursus, terus dapat sijil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana ambil kursus dekat mana tu?? Best la tak ada exam..tapi ada exam ok juga, exam tak ada la susah sangat..:)

      Delete
  2. dah pergi kursus tak semestinya nak kawen kan..xpe...simpan je sijil tue,nanti bile dah sampai jodoh,terus dah boleh pi nikah..hik..hik ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..betul tu nur...lepas nie tak payah fikir dah pasal nak ambil kursus..masa tu boleh buat benda lain.

      Delete
  3. Semoga semuanya berjalan dgn lancar..hehe ..di melaka kalau mengikuti kursus pra perkahwinan ..wanita sume kena memakai tudung bewarna putih ..selaras... mcm budak skull kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke?..sebijik cam bodak skolah..tak best nye..mungkin mudah bagi diorang nak cam kot.

      Delete

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)