Saturday, June 28, 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Assalamualaikum,

Esok kita dah mula start puasa ramadhan. Dah bersedia belum?Bersedia ke tak kita kena juga lakukan dengan iman. Semoga semuanya dipermudahkan dan puasa kita diterima-NYA. Good luck uallss...

Ha dah hafal niat puasa?? Mana tahu, setahun sekali baca, tu yang boleh lupa tu. Pada siapa lupa, print dan lekat dekat dapur, lepas makan terus baca.


Selain dari "Niat" kita kena jaga adab kita juga time puasa, barulah lengkap. Actually nie ja salah satu cara untuk buat diri Nelly sedia menyambut Ramadhan. Korang dah bersedia belum??? 



Tahun nie berpuasa tanpa bapa lagi, apa khabar dia ye. Selalu kalau time bulan puasa, bapa lah orang paling kalut (sibuk) skali. Dia rajin masak, sekali masak macam nak panggil satu kampung makan. Selalunya dia yang akan sediakan makanan untuk bersahur, mummy Nelly tak payah la susah-susah nak sediakan makanan bersahur. Semua nya dah siap masak malam tu, bangun hangat ka ja.


"Bapa walaupun bapa jauh, tapi bapa tetap dekat dihati kakak. Kakak disini sentiasa mendoakan kesihatan bapa. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Bapa. I miss u and always LOVE you"




************************** PESANAN TUAN BLOG ***************************

**Minta sila tekan butang "LIKE" Online Business Nelly iaitu Nellys Collection dekat bawah nie. Terima Kasih kepada yang telah "Like". Thanks for your support.

Perempuan High Heel Menari Shuffle



Hye semua

Siapa dekat sini suka pakai high heel?? Nelly salah seorang yang angkat tangan bila orang tanya camtu. Nelly yakin semua perempuan suka pakai high heel. Bagi Nelly high heel buat Nelly rasa confident. Walaupun risau sebenarnya, tengah jalan terpelecok, diri sendiri yang malu. 


Nelly nak tunjuk satu video pasal perempuan bertumit tinggi menari shuffle, memang Nelly tabit spring la dengan dia. Siap boleh menari shuffle lagi. Jom layannn...

video


************************** PESANAN TUAN BLOG ***************************

**Minta sila tekan butang "LIKE" Online Business Nelly iaitu Nellys Collection dekat bawah nie. Terima Kasih kepada yang telah "Like". Thanks for your support.

Friday, June 27, 2014

Selangkah Ke Alam Perkahwinan


Assalamualaikum and Salam Jumaat

Kejap je kita dah nak berpuasakan, terus terang Nelly masih lagi belum bersedia dari segi mental. Nafsu makan membuak-buak sekarang nie. Mata, telinga, hati pun rasanya turut tak bersedia. Tapi nak tak nak kena juga bersedia dan Nelly akan cuba buat yang terbaik supaya puasa nanti diterima-NYA, kalau tak sia-sia ja.

Cuti sekolah baru-baru nie semua kawan-kawan Nelly pakat mendirikan rumah tangga, majoriti hampir 80% dah berkahwin, siap akan ada yang tengah tunggu kelahiran baby sulong lagi. Sangat jealous, bila la giliran Nelly. Jodoh tak sampai lagi. Tapi disebabkan semangat itu ada, Nelly dengan geng-geng yang tak kahwin lagi menghadiri kursus kahwin baru-baru nie. 


Selalunya yang menghadiri kursus kahwin nie orang akan cakap dah ada perangcangan nak kahwin, sure dah bertunang or lagi 2 3 bulan nak kahwin. Tapi korang nak tahu, majoriti yang datang tu segelintir ja yang betul-betul ada plan nak kahwin dalam masa terdekat. Yang lain hanya jadi peneman dan percaya dengan desas desus berita yang kursus perkahwinan lepas nie akan dilanjutkan selama seminggu and yuran akan naik harga bla bla bla. Sebenarnya Nelly dah tanya sendiri, tak ada pun memo yang akan cakap benda tu terjadi, tak ada pun dalam perancangan diorang yang harga akan naik or kursus dilanjutkan seminggu. So jangan la korang percaya ye, semua tu khabar angin yang tak boleh percaya.

Kursus nie hanya berlangsung 2 hari dihujung minggu (sabtu and ahad), pukul 8.30 hingga 5 petang dan ada satu ujian bagi melayakkan dapat sijil, but dont worry soalan dia senang-senang ja, ikut logik ja. Kursus nie pasal persediaan kita nak ke alam rumah tangga, dia akan cerita pahit manis rumah tangga dan cara kita nak tanggani masalah-masalah dalam rumah yang akan datang. Untuk kaum isteri camne korang nak jaga kebersihan diri dan maruah suami, procedure-procedure untuk berkahwin, apa dokumen nak kena ada. Macam-macam la, semua tu kita Patut and Wajib tahu. Topik actually boring sikit tapi nasib baik penceramah-penceramah pandai buat lawak. Nelly gelak sampai pecah perut. Nasib baik tak pergi dengan bakal suami. Kalau tak dia terkejut tengok Nelly gelak besar cmtu.

Jom layan picture yang sempat Nelly snap waktu kursus hari itu, tapi tak banyak la sebab dalam masjid kena jaga kelakuan. =)

Muka happy dah habis kursus, siap bergambar dengan sijil sekali.


Hari pertama kursus, kami datang lambat so terpaksa la duduk depan sekali. Masalah duduk depan sekali, kalau mengantuk tak boleh tidur, nak main handpone pun sembunyi-sembunyi. Nasib baik dia tak suruh bangun jawap soalan. =)


Makanan disediakan, so tak payah risau la bab makan. Nie untuk tempat kursus yang Nelly ambil la, tempat korang tak pasti ada sediakan ke tak. Nelly ambil dekat Masjid Negeri Pulau Pinang.


Hari Kedua kursus, kami datang awal so tak payah duduk dekat depan lagi dah. Boleh pejam mata sesaat and main message. Niat ja macam tu, tapi tak buat pun sebab hari kedua presentation best, pensyarah asyik buat lawak sampai letih gelak.


Kami bertiga tak ada perancangan untuk berkahwin lagi, niat pergi kursus saja nak buat persediaan awal nanti tak payah fikir dah pasal kursus. Kursus kahwin nie WAJIB tau, sebab dia salah satu dokumen yang Tok Kadi akan minta. Kalau tak ada tak boleh kahwin. =)



************************** PESANAN TUAN BLOG ***************************

**Minta sila tekan butang "LIKE" Online Business Nelly iaitu Nellys Collection dekat bawah nie. Terima Kasih kepada yang telah "Like". Thanks for your support.

Friday, June 13, 2014

My Best Friend Birthday


Hye semua..

Dah lama tak sembang dekat blog. Selalu update pasal Giveaway ja kan. Jom ramai-ramai memeriahkan lagi  Giveaway yang ada. Bukan apa melalui nie kita boleh tambah kenalan, untung-untung boleh menang hadiah. Sambil berblog, boleh dapat hadiah.

Okey, hari nie nak cerita pasal Best Friend Forever (BFF), Nelly pasti semua ada BFF, mama korang pun boleh jadi BFF. Macam Nelly sendiri BFF Nelly adalah mummy Nelly. Nelly tak ada rahsia dengan dia. Buruk or baik semuanya Nelly cerita. Mummy seorang yang paling memahami Nelly. Walaupun benda yang Nelly cerita or buat tu salah. Dia tak akan marah Nelly tapi dia cuba faham dan beri nasihat dengan cara baik. Sebab itu Nelly selesa nak bercerita or meluahkan pada dia. Mummy pula kalau sekali pandang lebih kurang sebaya dengan Nelly. Macam adik and kakak. Tak percaya, tengok nie.=)


My 1st BFF was my Mother.

Selain Mummy Nelly. Nelly ada sorang lagi BFF. Actually ramai BFF Nelly, tapi tu zaman sekolah la. Lepas habis sekolah semua dah berpecah, dah ada kerja masing-masing lepas itu jadi tak rapat. Contact sekali sekala ja. So tinggal la BFF Nelly sorang nie. Kira dia tangga tertinggi la di hati Nelly. Nama dia Farhana. Kami kenal dah 7 years. Waktu itu kami sama-sama satu course zaman study dulu. Time zaman study kalau tak ada BFF macam dia, tak tahu la nak lalui cmne. Jiwa tak kental boleh nangis guling-guling ooo bila tengok assignment banyak dengan due date dekat-dekat. Farhana jugalah Final Project Partner and Assigment Partner Nelly. Semua kami buat sama-sama. Susah senang waktu study, kami sama-sama lalui. Dia kerap berkampung dekat rumah sewa Nelly untuk siapkan tugasan lecturer bagi. Kira tidur makan semua sama-sama la.

Cmne kami boleh rapat mungkin sebab kami satu kepala and memahami each other. She is the most Sweet Best Friend for me because she hate all the people that i do. Dia juga akan benci sesiapa yang sakitkan hati Nelly and Nelly pun sama. I hate her Ex Bf, because her EX broke her heart. Tak sanggup tau tengok dia sedih. Sharing, talking and laughing bersama dia buat kami jadi makin rapat. Farhana seorang yang out spoken. Dia akan cakap benda yang dia rasa betul, kalau terasa sorry to say la.

Ini la dia Siti Farhana, My 2nd BFF 

Ini kenangan kami bergambar di Bangunan Makmal sementara tunggu lecturer datang

Time nie Nelly dan Family bercuti ke Melaka, Ana join sekali.

Kami bercuti ke Kuala Lumpur dan Genting ( Picture nie dalam cable car Genting)

Kami bergedik bersama gadis-gadis muka ala-ala cartoon nie.


Enjoy spend time together


Bergambar atas pelamin di Langkawi, Semoga kami cepat-cepat bertemu jodoh. Tak sabar nak makan nasi minyak masing-masing

We love each other.. FOREVER..

Mandi manda di Bukit Merah LakeTown Resort.

Rindu nak hug dia kuat-kuat. Hugging each other adalah terapi terbaik untuk menghilangkan kesedihan.

 Pesta Pulau Pinang


Bergambar buat kali terakhir di Jabatan IT tempat kami menuntut ilmu.

Hari paling bermakna buat kami, setelah penat lelah bersengkang mata siang dan malam


Mesti korang pelik why suddenly Nelly update entry pasal BFF nie. Actually semalam birthday Farhana. Jadi untuk menghargai persahabatan kami Nelly update pasal dia. "Ana, Happy Birthday. Terima kasih jadi kawan aku auuuw..hang la kawan yang paling awesome yang aku ada I LOVE U SOO MUCH.. "




Ucapan Birthday buat Farhana


************************** PESANAN TUAN BLOG ***************************

**Minta sila tekan butang "LIKE" Online Business Nelly iaitu Nellys Collection dekat bawah nie. Terima Kasih kepada yang telah "Like". Thanks for your support.

Tuesday, June 10, 2014

Mini Giveaway by IZZAATI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

                                        

                                                  MARILAH BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN GIVEAWAY INI!


                                                                                       Hadiahnyaaa?
                                                                   Daiso Pore Care Pack x2 for 2 winners
                                                           Starbucks Card Reload worth RM10 for 1 winner 
                                                                            *for who the one yang menang this prize, boleh tukar to cash if tak ada kad stabak*
                                                                                 Topup RM5 for 2 winners
                                                               Crispy Chocolate by Izan x2 for 1 winners

                                                                  TAMAT PADA 11 JUN 2014 // 11:49PM 


************************** PESANAN TUAN BLOG ***************************

**Minta sila tekan butang "LIKE" Online Business Nelly iaitu Nellys Collection dekat bawah nie. Terima Kasih kepada yang telah "Like". Thanks for your support.

Monday, June 9, 2014

Giveaway Beads & Pearls June 2014


Hye Semua..

Siapa nak Tudung Raya?? Jom sertai GiveAway ini.. =)
-Klik Banner Untuk Join-

Good Luck uaalll...


************************** PESANAN TUAN BLOG ***************************

**Minta sila tekan butang "LIKE" Online Business Nelly iaitu Nellys Collection dekat bawah nie. Terima Kasih kepada yang telah "Like". Thanks for your support.

Tuesday, June 3, 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com




Hye semua..Good Morning..

Jom join Giveaway dari Blogger Sis Syuhada Baharum sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-8. Tahniah Sis, Semoga Kekal Hingga Ke Jannah.


Hadiah: 

Wang Tunai RM50 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM60 X 10 Pemenang
(Pemenang akan dipilih secara random)

Giveaway akan berlangsung selama hampir sebulan bermula:

 3hb Jun 2014 sehingga 30hb Jun 2014

Good Luck semuaaa !!



************************** PESANAN TUAN BLOG ***************************

**Minta sila tekan butang "LIKE" Online Business Nelly iaitu Nellys Collection dekat bawah nie. Terima Kasih kepada yang telah "Like". Thanks for your support.