Monday, May 5, 2014

Our Big Day Anak-Anak



Hye semua..Salam Isnin.

Sedar tak korang lagi seminggu ja korang ada “Big Day”. Bukan “big day” yang kahwin tu. Big day yang Nelly maksudkan adalah Hari Ibu. Siapa dekat sini yang tiap-tiap tahun tak pernah lupa Hari Penting nie?? Kredit untuk anda yang tak pernah lupa untuk menyambut Hari Ibu, betapa beruntungnya Mama korang dapat anak macam korang. Nelly pun selalu lupa juga. Tapi sejak Bapa Nelly jauh. Nelly jadi lebih menghargai pada Mum Nelly, sebab sekarang Nelly tinggal dia sorang.




Tapi dari info yang Nelly dapat Sambut Hari Ibu itu HARAM, betul ka?? Emm tapi ada dari info lain  yang Nelly baca Sambut Hari Ibu itu HARUS. Diorang berpandangan harus kerana meraikan serta memuliakan ibu adalah Bid’ah.  Bid’ah adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali mengikut agama yang terpesong. Jika sambutan lahir dari segi kemurnian,menyeru kepada berlaku baik kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, nenek, mak mertua maka Islam memberkati.

Jadi semuanya bergantung pada niat seseorang itu. Nelly sambut Hari Ibu sebab Nelly menghormati dan menghargai pengorbanan Mummy Nelly. Ada orang persoalkan kenapa kena sambut sehari ja? Setahun sekali pula tu. Bukankah kita kena menyambut tiap-tiap hari kalau dah nak menghormati dan menghargai? Larat ke korang nak menyambut tiap-tiap hari? Larat ke korang nak bawa Ibu korang makan besar tiap-tiap hari. Hari-hari lain cukupla dengan menghormati, dengar cakap Ibu, beri kasih sayang sepenuhnya pada Ibu, sentiasa mendoakan Ibu korang.

So Hari Ibu nie, just bagi something special sikit la. Bawa Ibu korang makan-makan, beli something yang dia suka. Tak mahal pun tak apa, asalkan ada semething yang boleh dia kenang.  Ada bagus juga diadakan Sambutan Hari Ibu nie, sekurang-kurangnya boleh sedarkan “Si Tanggang Moden” supaya lebih menghargai jasa dan pengorbanan Ibu.

Sempena Hari Ibu tak lama lagi. Nelly ada selitkan Doa Buat Ibu. Semoga kita semua tergolong dikalangan Anak yang sentiasa membahagiakan Ibu Bapanya.


Btw, ini la Puan Zeyati, Mummy tercinta Nelly. Mummy, Terima Kasih kerana sentiasa ada untuk kakak. I love you Mum, I love you EVERYDAY.





Selamat Hari Ibu Dari,
Cinta Nelly



7 comments:

  1. kenapa dulu tak de siapa pun yang kata salah ye?sekarang ni baru la keluar itu salah ini salah..bagiakak tak salah pun nak meraikan iobu yang kita sayang..sekurang2 nya ada satu hari yang istimewa untuk ibu kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..betul tu kak diana..nelly sokong 100%..tak salah kan..tp itu kewajiban dalam membahagiakan ibu kita... =)

      Delete
  2. muka sangat seiras ngan your mom....

    jemput join GA i :http://dia-honey.blogspot.com/2014/05/giveaway-3rd-anniversary-syahoney-kitty.html

    ReplyDelete
  3. lawa la mak akak.. muka sama.. muka saya ikut bapak.. hehe

    btw, klik tabung inti sini

    ReplyDelete
  4. tak salah pun nak sambut hari ibu...niat kita sekadar nak happykan ibu..ibu adalah segala-galanya untuk kita..dia yang menjaga & membesarkan kita dengan penuh kasih sayangnya kan..
    Nur rindu pada arwah mak :-(

    ReplyDelete
  5. wahhhh cantiknya mummy nelly,, :)

    ReplyDelete

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)