Thursday, April 10, 2014

1st Aid Competition


Assalamualaikum..

Hello semua, sejuk nye dalam office di hari sabtu cmni, dahla hujan memang havoc giler la kalau tengah peluk teddy bear sekarang nie. Ok hari-hari sejuk nie, Nelly nak kongsi pasal the most wanted activity March Nelly.


Ini dia activity the most wanted Nelly hari itu, First Aid Competition. Walaupun group kami tak menang, tapi rasa bangga bila menjadi TOP 5 group antara 13 hotel yang bertanding.  Competition nie adalah yang pertama kali buat group kami. Then menang TOP 5, memang tepuk bahu ucap tahniah lah. Tak sia-sia kami traning non stop selama sebulan.

Mula-mula Nelly memang stress, memang give up tak nak masuk. Sebab malas nak p traning everyday, kena stay back balik lambat untuk training nie. Then with “Zero” knowledge pasal 1st Aider nie. Nelly dulu waktu sekolah menengah Nelly masuk Kelab Remaja Sekolah. 



Bukan Persatuan Bulan Sabit Merah


Then dah kerja nie, terpilih untuk 1st Aider pula, memang stress la kena belajar balik cmne nak buat balutan yang betul. CPR semua. Tapi actually, betapa pentingnya benda nie pada kita manusia. Sebab kemalangan tak berbau, mana-mana pun boleh jadi. Siapa tahu, dengan knowledge dan pertolongan yang pantas kita boleh selamatkan nyawa orang yang kita sayang.

Jom Nelly nak share picture-picture sepanjang activity dijalankan. 

Nie la group members Nelly. 

Briefing sebelum start. Lelaki yang berdiri tula our judges, girl sebelah dia judges yang kedua. Doctor dari Hospital Besar Pulau Pinang.


Lelaki di tengah adalah Mr.Murthi, our coach. Dia semangat bagi tips, Nelly semangat msg bf. lalalala~~


Sementara tunggu turn kami, discuss dulu apa soalan yang akan keluar. Tengok muka Nelly, bersungguh2 kan, dalam hati nervous gila. Sebab tak tahu soalan apa nak keluar.


This is one of the case scenario, so group kena berkerjasama dalam membantu pesakit yang tengah terbaring tu. Tengok siap ada ular,kononnye pesakit nie kena patuk ular la. Serius kami tak pandai.Nasib baik group kitorang tak dapat scenario cmni.


Nie pun salah satu case scenario. Luka and darah nampak macam real kan. Scary kot. Rasa cam doctor betul lak bila rawat diorang nie.


OK, nie pic kitorang kena tunggu luar dewan sementara diorg tengah siapkan pesakit dekat dalam. So kitorg tak tahu apa jenis pesakit yang terlantar kat atas lantai tu. Muka semangat tapi hati dup dap dup dap.



So bila dah masuk dewan. Kami Nampak 2 budak laki nie terbaring, lepas baca scenario case apa yang diorang injurd. Kami mulakan rawatan.


Tengok tangan dia luka tu, dah cuak dah. Nasib pakai glove. Kalau tak, tak tahu nak pegang dekat mana. Darah menitis banyak. Pesakit nie, dia patah pingang, luka di tangan. Tak boleh bangun.


Nie pulak rawat pesakit sorang lagi, kami bahagi kepada dua group. Pesakit nie cedera di kepala, patah tangan dan boleh berjalan.



Nampak macam dah terror kan. Tapi nie 1st time buat benda nie. Hentam je tue balut pingang dia yang patah tu. Budak tu pun duk jerit-jerit, macam la patah betul-betul saja nak bagi kitorang panic.


Serius nampak macam real la diorang nie balut kepala dia. Tapi compitition nie memang diorang nak kami buat cam real-real pun.


Ok, dah siap dengan semua rawatan dan balutan. Pesakit kena angkat, kononya nak bawa angkat masuk dalam ambulan.


Dalam keadaan cmni, team work yang amat diperlukan. Tak ada team work, group are worst. Tapi group kitaorang kena puji dengan doctor group yang paling tinggi team work. Yeahhh..

Lepas patient di bawa keluar. Kira end la group kami. Then kena pergi hadap doctor untuk dengar comment, muka serius sebab kena comment yang membina dengan doctor.


Ok dah habis untuk bahagian satu, competition semua ada tiga bahagian. Ok jom ke bahagian kedua pula.Bahagian kedua kami kena tunjukkan skill pembalutan. Kami diberi masa 15 minit dan cuba buat balutan sebanyak mana yang boleh. Nelly paling stress dengan buat balutan nie, dahla sorang-sorang ada masa lak tu. Seriau oooo…


Line up. Yang paling depan volunteer nak yang 1st.


 
Bila dah lari-lari, cabut dan baca kita dapat balutan apa dan terus balut kepada pesakit yang tengah duduk tu.

Serius bila panic, lupa camne nak balut..hahahah


Balutan kaki boleh dibuat 2 orang, sebab susah sikit.

OK dah habis bahagian dua, kita ada bahagian ketiga pula. Bahagia ketiga nie kami diarahkan buat CPR, hanya wakil 3 orang dari setiap group. So Nelly tercalon untuk jadi wakil buat CPR. Seriusly, before this Nelly memang ZERO buat CPR. Tapi sebab competition nie, Nelly dah pandai and tahu cmne teknik-teknik yang betul. Anda semua kena tahu, sebab benda nie penting. OK jom layan picture Nelly buat CPR. 


Beri compression pada patient, tekanan sebanyak 30 kali tekan 2 kali hembusan.

Time nie Nelly risau sikit. Takut bagi hembusan tak lepas, sebab tak ada nafas. Waktu training Nelly tak lepas bagi hembusan, dada robot tu tak naik.Stamina tak ada.


OK. Alat AED dah sampai, masa untuk bagi electric shock kepada pesakit. Nie la 1st time Nelly pegang alat nie. Apa kegunaan alat nie, nanti cuba tanya pakcik google ye.


Lastly, our group members photo. Thanks to Steven (baju kuning) pakcik kemera yang snap setiap moment kami sepanjang competition dijalankan. Tak lupa juga to Puan Siti our HR Manager kerana sudi dating bagi support.

 So inilah activity berfaedah yang Nelly buat last month. Selalu weekend Nelly tidur, tengok tv or lepak dengan kawan-kawan. Kadang-kadang rasa berbaloi masa buat activity cmni, banyak info yang korang leh dapat. So kalau ada activity cmni jangan jadi cam Nelly, tak cuba terus reject. Tak bagussss…

# Ok siapa yang baca Star Paper bertarikh hari nie, 05 April 2014. Ada keratan muka-muka yang menang. Tahniah pada yang menang. Walaupun muka Nelly and team tak ada dalam paper star tu, tapi kami tetap bangga pada our team. J


Star Paper – 5th April 2014

Salam
Cinta Nelly.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)