Wednesday, April 30, 2014

Word Of The Day - Effort




Word of the day..Nelly tujukan pada sesiapa yang baru putus cinta or yang dah lama putus cinta. Sometime word boleh bagi motivasi pada diri seseorang.

Just set dekat mind, kalau Dia nak dekat kita, Dia kena usaha dapatkan kita. Tapi kalau Dia tak ada usaha dan macam chip more. Kejap ada kejap tak ada. Dia memang TAK LAYAK untuk kita.


Chill ya..
Cinta Nelly


Monday, April 28, 2014

Tak Ada Lagi Public Phone Di Penang



Hye semua, salam tengahari dah lunch?? Today is Monday, sure siapa yang berkerja hari nie bermalas-malasan nak buat kerja kan. Nelly sendiri tergolong dalam golongan tu..HIGH FIVE untuk yang semangat nak berkerja hari Isnin.

Korang nak tanya sikit. Kawasan tempat korang tinggal ada lagi “Public Phone”  tak? Nelly sebelum nie memang tak ambil tahu pasal “Public Phone” nie. Seingat Nelly last sekali Nelly guna “Public Phone” nie 5 tahun lepas kot. Masa tu time dekat zaman poli, tu pun sebab terdesak kredit handphone tak ada.

Nak dijadikan cerita, semalam bateri phone Nelly habis dan Nelly kena buat urgent call. Nelly sorang time tu, kalau tak boleh pinjam handphone orang. Powerbank pula Nelly lupa bawa. Jenuh dari satu tempat ke satu Nelly cari “Public Phone”. Pondok telefon ada, tapi bila angkat gangang line tak ada. Memang sakit hati, boleh dikatakan 5-6 biji pondok telefon Nelly singgah. Tapi semua tak boleh pakai. Then baru Nelly sedar memang diorang dah tamat kot servis “Public Phone” dekat Penang nie. Dekat penang ja ka yang dah tamat servis or tempat lain ada lagi??

Kenapa la Telecom tak baiki “Public Phone”, mana tahu kalau terdesak macam Nelly. Tak kan nak tahan orang minta pinjam handphone. Nak kena pergi report kat Telecom nie. Kalau dah tak nak buat buat “Public Phone”, please angkat simpan pondok telefon tepi-tepi jalan tu. Buat semak ja.

Bawah nie ada caption public fon yang sempat Nelly tangkap, untuk jadikan bukti pada abg telecom nanti kalau Nelly pergi buat aduan.hahahaha…



Cinta Nelly

Friday, April 25, 2014

Kelar Tangan Tunjukkan Rasa Cinta



Hye semua,

Salam petang jumaat, tadi Nelly blogwalking blog. Then terbaca entry dari blog Pen Patah. Nelly suka baca entry dari blog Pen Patah tak tahu kenapa mungkin blog dia simple and santai kot. BF Nelly pengemar No 1 baca blog nie. Dia la slalu hantar link-link lawak untuk Nelly baca. Saja nak bagi Nelly release stress kot. =)



Bila baca tajuk buat Nelly terkenang waktu zaman cintan cintun dulu. Memang cinta remaja tu GILA kan. Sanggup buat dan beri apa saja untuk mengekspresikan rasa sayang and cinta tu. Tapi jangan salah anggap bukan Nelly yang kelar tangan sendiri tu.. =)


Terus terang, My Ex BF yang kelar tangan dia, seriously memang tak matang langsung perbuatan dia. Konon nya kalau dia buat cmtu, Nelly more sayang kat dia. Bodoh la kalau dia fikir camtu. I not gonna make a husband tak matang camtu. Cari nahas ja kalau kawin dengan laki camtu. Tapi Nelly tak salahkan dia juga, muda lagi baru lepas habis SPM. Tak matang lagi. Tapi ambil kau parut tangan tu sampai sekarang. Betul cakap orang, Cinta Monyet  zaman sekolah tak pernah kekal. Sekarang dia pun dah kawin. Tak berbaloi gila kan kelar tangan demi cinta. Macam-macam lagi cara nak tunjuk tanda sayang. 

Hadiahkan si dia cincin, so gf korang leh ingat dekat korang setiap masa bila tengok tangan dia.

Most of girl suka flower, hadiahkan la dia flower..sure dia senyum lebar nye la..


Tak pun nie paling best, buat suprise di hari jadinya. Memang tak tidur la dia malam tu.


Ha simple ja nak tunjuk kasih sayang tu, tak payahla sampai nak kelar-kelar tangan buat sakit ja. Tolong sayangkan barang pemberian tuhan. Tak ada spare pun, tak boleh cari dekat mana-mana kedai or shopping complex.

Sayangkan diri anda,
Cinta Nelly


Pencuci Muka Acne Aid Tidak Halal



Hye All,

Rasa rindu dengan diary maya nie, lately damn busy dengan kerja..Pernah tak korang rasa nak submit surat resign serta merta dekat boss bila stress korang dah tahap max?? Ha yang tu la Nelly rasa last few days..Rasa macam nak jerit ja macam picture dekat bawah nie. Disebabkan fikir masa depan and commitment, kuatkan hati untuk bertahan. 


Tapi sekarang bukan nak cerita pasal benda nie, Nelly nak share dengan semua yang beragama islam, bukan apa tak jadi macam Nelly yang tersangat la cuai.

Ok camni ceritanya, sebelum ni Nelly ada masalah jerawat yang amat teruk. Jerawat yang besar-besar yang bernanah tu, memang sakit la and then one day Nelly pergi klinik pakar kulit sebab dah terlalu teruk. Then doctor tu bagi Nelly pencuci muka and cream jerawat. Nelly pakai hampir 2 bulan, memang berkesan. Jerawat dah mula kecut dan parut mula pudar.. Nelly memang selesa dengan pencuci muka nie, tak berminyak dan dengan skali bilas dah bersih muka Nelly. Yang paling best, lepas cuci muka kulit muka Nelly lembut macam kulit baby, rasa gebu ja muka. After finish one bottle Nelly cari pencuci tu dekat pharmacy. Sure ada jual dekat pharmacy. Then cari memang ada jual.

Then one day, Allah nak tunjuk. Cousin-cousin  Nelly (still budak-budak) datang rumah, habis pencuci muka Nelly diorang main. Konon nya nak mandi, tapi main sabun.  Sabar jala, nasib baik budak-budak lagi. Memang hangin satu badan bila pencuci muka baru beli dah tingal suku ja, dahla baru ja pakai. Then Nelly pergi la cari dekat pharmacy shooping complex.

Thanks GOD, memang “terkejut beruk” bila jurujual berbangsa cina tu cakap “pencuci muka nie tak halal sebab ada minyak khinzir” .

Seriusly, apa yang korang rasa bila selama nie korang pakai benda tu dekat muka?? OMG..memang tak leh bayang. Teruk betul doctor dekat klinik pakar kulit yang Nelly pergi tu. Boleh bagi Nelly pencuci muka yang ada benda tu.  Patutla jerawat pun takut nak tumbuh, sebab pakai benda tak halal. Thanks to my cousin sebab habiskan pencuci muka Nelly, kalau diorang tak habis kan sampai sekarang Nelly tak tahu pencuci muka tu ada benda tu. Ada hikmah kan disebalik semua kejadian.

Nelly pun satu, cuai sangat, tak check pun. Now Nelly ada masalah nak cari pencuci muka yang bagus, jurujual ada jual pencuci muka lain, tapi tak berkesan macam pencuci muka yang ada benda tu.. Adui..Siapa tahu pencuci muka yang bagus tolong recommendkan pada Nelly ya. Jerawat dah mula nak tumbuh balik. Streesss !!!


Nie sample pencuci muka yang Nelly cakap tak halal tu. Siapa yang tengah pakai sila la tinggal. Memang berkesan, tapi untuk apa kalau nak cantik tapi tak halal.




Disini juga Nelly ada sertakan link yang menyatakan pencuci muka nie tak halal. Lepas nie kena semak dulu apa yang nak pakai. Jangan main redah ja ya Nelly.. ='(

Cinta Nelly.


Friday, April 18, 2014

Segmen BlogWalking by Dayang Deno



Hye Semua,

Bila bosan-bosan di office, Nelly suka blogwalking blog. Banyak juga la blog Nelly terjah and tinggalkan comment, just untuk menambahkan info and friends disamping isi masa lapang. Isi masa lapang ek, bukan curi tulang.

Tengah-tengah blogwalking Nelly tertarik nak join one segmen blog walking by Day­ang Deno.



Jom ramai-ramai join blog walking by dayang demo. Just follow syarat mudah pernyertaan. Lima(5) perserta bertuah akan mendapat LIMITED EDITION DOODLE ART BUTTON BAGDE. 

**Tamat Segmen  pada 11.59pm, 1 Mei 2014



*********************************************************************

**Minta sila tekan butang "LIKE" Online Business Nelly iaitu Nellys Collection dekat bawah nie. Terima Kasih kepada yang telah "Like". Thanks for your support.




Salam BlogWalking
CintaNelly


Wednesday, April 16, 2014

Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru



Assalamualaikum..

Helloo, Nelly ada berita baik untuk newbie blogger blogspot macam Nelly. JOM sama-sama kita join Segmen Hasrul HassanSegmen macam ini bagus, sedikit sebanyak boleh memberi pendedahan kepada kita yang baru nak bertatih dalam dunia blog.

Below sedikit info tentang Nelly dan my blog. Check it ouuttt...

Doodle dari otai Hasrul Hassan


Nama Blog : Cinta Nelly


Nama Blogger : Nelly Sapri

Umur: 25 Tahun

Umur Blog: 4 Bulan

Info Blog: Blog Nelly create sebab Nelly suka blogwalking blog, macam-macam info Nelly dapat. Then memudahkan Nelly baca n comment. Nelly create one blog for my own. Mostly blog Nelly about my life and human being.


Jadi, jangan lepaskan peluang. Tarikh tutup hari ini 16th April 2014 (12 tengah malam). Kepada yang baru nak join macam Nelly nie, masih sempat lagi.

Good luck ualllzzz
Cinta Nelly

Friday, April 11, 2014

How Song Change Your Feeling




Assalamualaikum..

Helloo guys, pernah baca dengar lirik lagu di atas?? Nelly suka dengar dan hayati lagu yang ada meaning or ada kena mengena dengan hidup Nelly. Bila Nelly dengar lagu, I straight away think of something or somebody. Then start to dreaming and termenung sampai nak terkeluar biji mata. Honestly, Nelly boleh dengar lagu yang sama ulang-ulang tanpa jemu.

Kadang-kadang mulut tak terkeluar dengan kata-kata, perasaan benci, marah, pasrah or dendam so Nelly selalu unggapkan dengan lagu. Sometime lagu boleh buat Nelly “cold down”, berhenti berharap and start to think positive.

“Kalau dia dah pilih orang lain that mean dia tak nak dekat kau. So what u sad for”. 

Something macam tu la Nelly will “cold down”. Then Nelly akan cuba void dari fikir "si dia".
Macam lagu di atas, Nelly highlight dengan lirik yang nie.


Lirik nie dah memang terang, tak perlu nak hurai.

“ Kau datang kepadaku, bila dirimu dilukai, dan bila dia inginkan kau kembali. Kau tinggalkan aku”. 

Wow !! Its soo Rude wei.  Memang la manusia berhak diberi peluang kedua, but for me i more prefer bagi peluang pertama kepada orang yang setia menunggu dan lebih menghargai Nelly.  Jadi !!

“Please!! Stay away from me, go to her because you have chosen her. My love is not deserve for you anymore.“

So when people ask me, what song I love to hear? Nelly akan jawab lagu yang ada meaning dalam hidup Nelly. Song can make me more crying, song can make me feel im perfect, song can make me rasa nak jadi jahat demi pertahankan my hak, song can make me feel Nelly la wanita paling bahagia. Tengok! nampak tak  macam mana Song can change my feeling.  J  

# word of the day




Music is my life
Cinta Nelly


Thursday, April 10, 2014

1st Aid Competition


Assalamualaikum..

Hello semua, sejuk nye dalam office di hari sabtu cmni, dahla hujan memang havoc giler la kalau tengah peluk teddy bear sekarang nie. Ok hari-hari sejuk nie, Nelly nak kongsi pasal the most wanted activity March Nelly.


Ini dia activity the most wanted Nelly hari itu, First Aid Competition. Walaupun group kami tak menang, tapi rasa bangga bila menjadi TOP 5 group antara 13 hotel yang bertanding.  Competition nie adalah yang pertama kali buat group kami. Then menang TOP 5, memang tepuk bahu ucap tahniah lah. Tak sia-sia kami traning non stop selama sebulan.

Mula-mula Nelly memang stress, memang give up tak nak masuk. Sebab malas nak p traning everyday, kena stay back balik lambat untuk training nie. Then with “Zero” knowledge pasal 1st Aider nie. Nelly dulu waktu sekolah menengah Nelly masuk Kelab Remaja Sekolah. 



Bukan Persatuan Bulan Sabit Merah


Then dah kerja nie, terpilih untuk 1st Aider pula, memang stress la kena belajar balik cmne nak buat balutan yang betul. CPR semua. Tapi actually, betapa pentingnya benda nie pada kita manusia. Sebab kemalangan tak berbau, mana-mana pun boleh jadi. Siapa tahu, dengan knowledge dan pertolongan yang pantas kita boleh selamatkan nyawa orang yang kita sayang.

Jom Nelly nak share picture-picture sepanjang activity dijalankan. 

Nie la group members Nelly. 

Briefing sebelum start. Lelaki yang berdiri tula our judges, girl sebelah dia judges yang kedua. Doctor dari Hospital Besar Pulau Pinang.


Lelaki di tengah adalah Mr.Murthi, our coach. Dia semangat bagi tips, Nelly semangat msg bf. lalalala~~


Sementara tunggu turn kami, discuss dulu apa soalan yang akan keluar. Tengok muka Nelly, bersungguh2 kan, dalam hati nervous gila. Sebab tak tahu soalan apa nak keluar.


This is one of the case scenario, so group kena berkerjasama dalam membantu pesakit yang tengah terbaring tu. Tengok siap ada ular,kononnye pesakit nie kena patuk ular la. Serius kami tak pandai.Nasib baik group kitorang tak dapat scenario cmni.


Nie pun salah satu case scenario. Luka and darah nampak macam real kan. Scary kot. Rasa cam doctor betul lak bila rawat diorang nie.


OK, nie pic kitorang kena tunggu luar dewan sementara diorg tengah siapkan pesakit dekat dalam. So kitorg tak tahu apa jenis pesakit yang terlantar kat atas lantai tu. Muka semangat tapi hati dup dap dup dap.



So bila dah masuk dewan. Kami Nampak 2 budak laki nie terbaring, lepas baca scenario case apa yang diorang injurd. Kami mulakan rawatan.


Tengok tangan dia luka tu, dah cuak dah. Nasib pakai glove. Kalau tak, tak tahu nak pegang dekat mana. Darah menitis banyak. Pesakit nie, dia patah pingang, luka di tangan. Tak boleh bangun.


Nie pulak rawat pesakit sorang lagi, kami bahagi kepada dua group. Pesakit nie cedera di kepala, patah tangan dan boleh berjalan.



Nampak macam dah terror kan. Tapi nie 1st time buat benda nie. Hentam je tue balut pingang dia yang patah tu. Budak tu pun duk jerit-jerit, macam la patah betul-betul saja nak bagi kitorang panic.


Serius nampak macam real la diorang nie balut kepala dia. Tapi compitition nie memang diorang nak kami buat cam real-real pun.


Ok, dah siap dengan semua rawatan dan balutan. Pesakit kena angkat, kononya nak bawa angkat masuk dalam ambulan.


Dalam keadaan cmni, team work yang amat diperlukan. Tak ada team work, group are worst. Tapi group kitaorang kena puji dengan doctor group yang paling tinggi team work. Yeahhh..

Lepas patient di bawa keluar. Kira end la group kami. Then kena pergi hadap doctor untuk dengar comment, muka serius sebab kena comment yang membina dengan doctor.


Ok dah habis untuk bahagian satu, competition semua ada tiga bahagian. Ok jom ke bahagian kedua pula.Bahagian kedua kami kena tunjukkan skill pembalutan. Kami diberi masa 15 minit dan cuba buat balutan sebanyak mana yang boleh. Nelly paling stress dengan buat balutan nie, dahla sorang-sorang ada masa lak tu. Seriau oooo…


Line up. Yang paling depan volunteer nak yang 1st.


 
Bila dah lari-lari, cabut dan baca kita dapat balutan apa dan terus balut kepada pesakit yang tengah duduk tu.

Serius bila panic, lupa camne nak balut..hahahah


Balutan kaki boleh dibuat 2 orang, sebab susah sikit.

OK dah habis bahagian dua, kita ada bahagian ketiga pula. Bahagia ketiga nie kami diarahkan buat CPR, hanya wakil 3 orang dari setiap group. So Nelly tercalon untuk jadi wakil buat CPR. Seriusly, before this Nelly memang ZERO buat CPR. Tapi sebab competition nie, Nelly dah pandai and tahu cmne teknik-teknik yang betul. Anda semua kena tahu, sebab benda nie penting. OK jom layan picture Nelly buat CPR. 


Beri compression pada patient, tekanan sebanyak 30 kali tekan 2 kali hembusan.

Time nie Nelly risau sikit. Takut bagi hembusan tak lepas, sebab tak ada nafas. Waktu training Nelly tak lepas bagi hembusan, dada robot tu tak naik.Stamina tak ada.


OK. Alat AED dah sampai, masa untuk bagi electric shock kepada pesakit. Nie la 1st time Nelly pegang alat nie. Apa kegunaan alat nie, nanti cuba tanya pakcik google ye.


Lastly, our group members photo. Thanks to Steven (baju kuning) pakcik kemera yang snap setiap moment kami sepanjang competition dijalankan. Tak lupa juga to Puan Siti our HR Manager kerana sudi dating bagi support.

 So inilah activity berfaedah yang Nelly buat last month. Selalu weekend Nelly tidur, tengok tv or lepak dengan kawan-kawan. Kadang-kadang rasa berbaloi masa buat activity cmni, banyak info yang korang leh dapat. So kalau ada activity cmni jangan jadi cam Nelly, tak cuba terus reject. Tak bagussss…

# Ok siapa yang baca Star Paper bertarikh hari nie, 05 April 2014. Ada keratan muka-muka yang menang. Tahniah pada yang menang. Walaupun muka Nelly and team tak ada dalam paper star tu, tapi kami tetap bangga pada our team. J


Star Paper – 5th April 2014

Salam
Cinta Nelly.

Tuesday, April 1, 2014

My Childhood Activity


Assalamualaikum..

Hye all..How r u today??? Sekarang dah datang musim hujan. Jaga kesihatan ye, jangan selalu mandi hujan pula. But u know what, Nelly pernah try mandi hujan depan rumah dengan sengaja. Siapa pernah???

Lepas ja dapat keizinan my mum. Time tu pula mood mumy baik, mumy APPROVE. Apa lagi, terus lari keluar, tak salin dah baju,guling-guling dekat halaman best ooooo. Nelly tinggal rumah kampung masa tu. Jiran-jiran lalu semua geleng kepala, buang tabiat diorang nie bagi anak mandi hujan depan rumah. Hujan lebat time tu, tak deman pun. hahahaha..That was a sweet memories of my childhood. Kawan-kawan sebelah rumah jeling ja, jeles ler teuww tak dapat sama.

Ha cmni la cara kitorang mandi. Siapa yang membesar dekat kampuang, memang diorang boleh feel keadaan camnie.




Memang "Havoc" giler. Selama nie kena hujan ja cepat-cepat lari masuk rumah. Kalau tak kena marah. Takut deman la apa laaa.. U know la parent, diorang paling risau bila anak diorang demam.

I'm proud di besarkan di kampung. Siapa yang membesar di kampung for sure korang pernah main permainan cmni.

Pukul Berapa Datuk Harimau???? 

Tuju Goli

Tuju Kasut
Gasing

Jengkek-Jengkek

Ha pernah main tak korang?? Fun gila kan..Permainan nie, bukan saja laki ja main, kami girls pun main ok. Tak payah nak pakai modal pun main game cmni. Just cari ramai-ramai geng then dah boleh start dah game. Kampung kitorang dulu ramai geng. Lepas balik sekolah pukul5 camtu semua dah berkumpul. Memang geng sentiasa ada.

I hope permainan cmni tak akan pernah pupus. Still segar dijiwa adik-adik kita. From this game la Nelly learn camne nak berkawan, camne nak work into the team, camne nak help each other. Even ada yang gaduh-gaduh, but after that ok balik. Gaduh tak ambil dalam hati pun.

Parent please allow anak-anak korang. Jangan asyik bagi main video game ja, karang anak-anak tak pandai bergaul tak pasal-pasal jadi kera sumbang.

# Word of the day



Bye semua,

Salam Sayang dari,
Cinta Nelly.