Thursday, February 6, 2014

Menderita Sakit Gigi Geraham Bongsu ( Wisdow Teeth) - PART 2

Assalamualaikum Semua.

Whatsup yo !! Nelly nie pehal wassup-wassup bagai.. Bukan apa nak bagitaw budak Nelly nie dah xda gigi geraham 1biji..So dia tak yah menderita sakit gigi lagi. Nak tahu kenapa Nelly kena cabut gigi geraham sila tekan SINI.

Nak tahu apa yang Nelly rasa time buang gigi tu??? MasyaALLAH..Baru Nelly percaya kata orang yang sakit gigi nie sakit ketiga paling sakit selepas Sakit Mati and Sakit Bersalin. Memang serik sangat sakit gigi nie. Selepas bedah buang gigi geraham tu, ingat dah lega la doctor bagi MC 3 hari,dalam hati cakap kenapa doctor nie baik hati sangat bagi MC banyak hari sangat. Rupanya 3 hari memang tak cukup, dekat 4-5 hari makan bubur or benda-benda lembut ja. Benda panas pun tak boleh makan, kalau tak akan rasa benda hiris-hiris dalam mulut.


Mummy Nelly teman Nelly pergi bedah tu, tapi dia tak boleh masuk la. Mummy tunggu luar ja..Thanks to mummy sebab sudi teman kakak, you my strength mummy. 

Jabatan Bedah Mulut, Hospital Besar Pulau Pinang

Waktu masuk bilik tu jumpa doctor yang mula-mula rawat Nelly. Luckly dapat doctor yang baik, sebelum dia nak bedah tu dia tunjuk gambar gigi yang buat X-ray tu. Dia tunjukla gigi yang mana dia nak cabut buang, then dia bagi sekeping surat nikah  eh tak la surat persetujuan untuk bedah. Then dia suruh baring and pakai cap yang untuk masuk bedah tu, Surgeon Cap kot.


Ha cmni la gaya doctor yang nak korek gigi saya tu.  Lepas tu dia bagi 3 bius, lepas tu dah rasa kebas  sebelah pipi. Then doctor buat kerja dia..agak lama gak la..sampai berpeluh-peluh. Rasa dalam 40 minit cmtu..Tiga jam after surgery tu Nelly cool lagi. Boleh sembang-sembang dengan mummy, kami pergi shopping barang dapur lagi. Then ondaway sampai rumah tu, memang tak tahu nak cakap la. Sakit macam rasa nak terjun bangunan 14 tingkat. Amat memeritkan, rasa macam nak suruh mummy turn back ke hospital nak minta ubat bius lagi. Start dari situ la menderita sakit gigi bermula. Tak boleh makan (siapa yang ada niat nak diet tapi nafsu makan macam orang gila, sure time nie boleh diet sebab nak makan pun tak leh), sakit nyut-nyut macam ada benda terhiris-hiris dekat dalam mulut.

After one week , Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Jahitan pun dah buka. Doktor suruh kerap kumur dengan air garam. Dah taka da rasa sakit, hanya kadang-kadang ada rasa macam tak selesa dekat bahagian yang tak ada gigi. Just jaga kebersihan la gigi untuk rasa lebih nyaman..:)


Cinta Nelly


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)