Wednesday, February 19, 2014

Just Let It Go !


Dalam hidup kita manusia mesti akan berdepan dengan situasi di mana kita kena melepaskan sesuatu yang kita tak mahu. Tak kira lah melepaskan sesama manusia , binatang or benda.  Apa ek perasaan korang time tu?? Sedih?? Redho?? Pasrah?? Or bunuh diri?? Kalau la manusia diberi nyawa macam dalam game, mati then hidup balik. Senang nya hidup. Tapi tula, manusia hanya diberi peluang hidup sekali ja didunia. Nak tak nak kita kena hadap juga dugaan buat kita.

Orang selalu cakap “Barang yang lepas jangan dikenang”, “Pass is pass, just let it go”. Cakap memang senang kan, tapi siapa dalam situasi tu memang buntu tak tahu nak buat apa. Memang kita cuba untuk redho, tak nak fikir, cuba sibukkan diri dengan benda lain. Tapi setiap kali cuba nak redho and tak nak fikir tula benda tu akan datang. Nak juga suruh kita fikir.

Kenangan silam, sama ada pahit atau manis bersama dengan yang “dilepaskan” tula akan datang mengangu. Macam ghost la pulak kan. Dah tu macam mana pula kan nk redho. Nelly rasa la kan, bab redho pasrah nie memang memerlukan masa. Time nie yang kena kuat adalah mental dan fikiran kita, macam mana kita handle untuk tidak terlalu fikir. Cuba pujuk hati kecil kita dengan ayat-ayat semangat.

“Kadang-kadang benda yang kita sayang sangat kita kena lepaskan, mungkin bila kita lepaskan kita akan lebih bahagia”.

“Jika dah ditetapkan oleh NYA dia bukan milik kita, memang sampai bila-bila pun bukan”

“Mungkin hari ini aku sakit, tapi insyaALLAH hari esok ada bahagia untuk ku”

Wahhh.. Rasa semangat tak kalau baca ayat-ayat tu?? Nelly selalu pujuk hati kecil Nelly dengan ayat-ayat camni, sebab Nelly rasa tak akan ada orang lain yang boleh buang perasaan apa yang Nelly rasa melainkan diri Nelly sendiri. Move on, belajar untuk terima apa yang terjadi, berlajar untuk melupakan, belajar terima kenyataan itu yang penting.




Sentiasa ingatkan diri, aturanNYa semua  ada hikmah dan ujianNya tak akan melebihi kemampuan kita. Semoga DIA bantu kita dan tenangkan hati kita. Percayalah DIA akan ganti sesuatu yang hilang dengan yang lebih baik dan bahagia.InsyaALLAH. 


CintaNelly.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)