Saturday, February 8, 2014

Jom SHOPPING !! Reward your Self !!

Assalamualaikum..

Hye semua… Salam jumaat, semoga hari ini kita semua dapat keberkatanNYA.

Rini Nelly nak sembang pasal betapa puas hati nya Nelly beli barang online. Siapa pernah beli online?? Korang puas hati tak dengan kualiti barang?? Nelly selalu juga beli barang online, pelbagai website yang Nelly beli barang online. Tapi selalu Nelly beli baju or bag je. Tak pernah beli barang lain. Sebab takut tak sama saiz. Macam kasut takut terkecil  atau terbesar ka. Seluar lagi la kan, sebab seluar Nelly kena tengok cutting dia, tak semua selaur sesuai dengan kita. So Nelly tak nak ambil risiko untuk return balik, memang paling leceh nak return balik. Sebab tu Nelly just beli baju or bag je kalau dekat online website, luckly Nelly bersaiz free saiz..

Tapi kali nie first time Nelly beli kasut online, mula-mula memang risau sebab takut saiz tak muat. Disebabkan teruja dengan pelbagai kasut, ambil juga risiko. Tapi bernasib baik muat, memang standard saiz yang jual dekat semua kedai kasut. Nelly beli dekat ZALORA. Sure semua tahu dengan online shopping Zalora, kalau tak tahu tu dia memang sepsis yang tak tengok tv. Zalora kerap kot buat iklan dekat tv. Nie first time Nelly beli barang kat Zalora and Nelly memang berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan Zalora. Super  TipTop !!!


Penghantaran dia akan ambil masa 2-3 hari dari waktu tempahan. Tapi Nelly punya barang semalam order, hari nie dah sampai. Memang best kan?? Then dalam parcel Nelly diorang siap letakkan kad ucapan “Thanks You” dengan bouncer 10% untuk next purchase and FREE RM25 untuk bagi dekat kawan kalau first time nak order barang dekat ZALORA. “Cool “ kan cara pemasaran diorang. Memang diorang nak kita tak putus-putus beli barang dekat Zalora.


Selain dari tu dalam parcel Nelly diorg ada letakkan POS LAJU punya courier slip and sehalai kertas Return Reasons untuk kita nak tukar barang tu. Saiz terlebih kecil ka, besar ka, item salah ka, boleh ja nak tukar. Kos penghantaran tu adalah atas ZALORA, memang best kan. Sungguh professional Zalora nie. 


 Ha nie Courier Slip yang Nelly maksudkan tu. So korang tak payah beratur panjang untuk ambil slip nie. Address Zalora pun diorang dah isikan.



Nie pula surat Return Reasons, just isikan dan hantar bersama-sama barang yang korang nak change tu. Dekat situ dah ada step and rule dia. Senang kan.. :)



Nie la kasut Nelly beli, memang Nelly puas hati quality sama ja macam kat shopping complex punya kasut. Dekat kasut tu pun ada tulis brand dia. Keselesaan itu penting dalam memilih kasut nie. Nelly tak rasmi lagi. Satu kasut nak pakai p lepak-lepak santai. Satu lagi boleh pakai pergi dinner or kenduri. Sekali sekala reward your self dengan barang kehendak tak apa kan. Nelly memang suka simpan banyak koleksi kasut, ada yang memang tak pakai just simpan ja. Ada yang bagi kawan-kawan pinjam, Nelly tak kisah. Sebab Nelly suka kasut, so beli then simpan. At least bila nak pakai tu ada kan. Tak payah nak pergi shooping complex and beli. Kadang-kadang kerja nie memang tak ada masa, sebab tu beli online ja. 


Nie pula salah satu baju online yang Nelly beli online. Pakai waktu majlis tunang kawan seperjuangan waktu zaman study dulu. Baju peplum memang tengah "IN" sekarang. Meterial nie tak panas and memang selesa. Tampil pun bergaya bila kita pakai baju yang selesa. Tapi baju nie bukan beli dekat Zalora, beli dekat laman web yang rekemen oleh seorang blogger cantik molek Fatin Liyana

Jom SHOPPING !! Reward your self !!


Salam Jumaat,
CintaNelly.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)