Tuesday, February 18, 2014

Ikhlas

Assalamualaikum. Hye uallsss…

Ha tengok tajuk pun dah tahukan apa yang Nelly nak cerita rini. 

IKHLAS,benda yang mudah disebut tapi susah nak lakukan. Rupanya IKHLAS nie sifat mahmudah yang paling tinggi darjatnye selepas iman. Ikhlas nie rahsia Tuhan, Malaikat juga tak tahu. Diri kita sendiri pun tak dapat rasa perasaan ikhlas orang lain tu pada kita. Orang selalu cakap “Saya ikhlas nie awk. Betul sumpah..IKHLAS” tapi belum tentu Ikhlas. Kan kan kan…

Orang cakap siapa yang mengaku dia ikhlas, secara tidak langsung keikhlasan dia itu terbatal, betul ka??? Dalam ajaran Islam mengaku baik adalah sesuatu kesalahan. Hmm, rupanya ayat IKHLAS nie ayat puaka juga ya, ramai yang suka main-main dengan ayat nie,lagi-lagi yang tengah bercouple-couple memang famous la ayat nie. Oooo patutla cinta Nelly banyak tak jadi, tak ikhlas rupanya.  

Ikhlas nie senang cakap perkataan yang tak boleh tafsir dengan kata-kata.  Hanya berusahalah untuk menjadi orang yang ikhlas itu lebih baik. Tapi rini the main story bukan Nelly nak cerita apa itu IKHLAS, tapi Nelly nak buat pengakuan yang Nelly tak ikhlas rini buat kerja.  Wahh pengakuan berani mati kan, dengar dekat boss nie sure-sure bonus tahun depan dapat ciput ja. Tapi at least Nelly mengaku kan.

Hari nie Nelly buat keja sambil lewa, tak focus. Sorry  to say this boss. Bukan apa Nelly tak berapa sihat rini, kena serangan demam selesema la.Memang minda tak boleh berfungsi dengan baik. Tengah menghadap komputer pun boleh rasa nak terpejam. Apatah lagi baru lepas makan ubat, memang time nie rasa nak peluk bantal jala kan. Tapi Nelly janji esk, lusa, tulat Nelly qado balik, harap duit gaji rini berkat la walaupun kerja tak ikhlas.

Nelly sebenarnya takut dengan buat kerja sambil lewa nie. Sebab pernah baca satu article tu cakap “Kalau duit gaji yang kita dapat asyik tak cukup ja,itu adalah disebabkan kerja-kerja yang kita buat kat tempat kerja tak ikhlas dan tak bersungguh-sungguh”. Siapa rasa dia selalu buat kerja berkira, bebel-bebel sambil buat kerja, gossip-gosip lagi banyak dari buat kerja. Korang ada masalah tak cukup duit gaji bulanan tak?? Kalau ada, ubah-ubahla perangai korang.

Oleh itu kawan-kawan, terumatama Nelly yang sentiasa kena mengingatkan diri, mari kita lakukan setiap perkerjaan itu tak kira kecil atau besar dengan perasan “tawadhuk”. Kang sia-sia ja apa yang kita buat.

# Gambar di bawah dari info Sini :




# Firman Allah

“Ikhlas itu satu rahasia dalam rahasia-Ku, Aku titiskan ia dalam hati
hamba-hamba-Ku yang Aku kasihkannya.” 



Salam Ikhlas Sayang Dari,
CintaNelly



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)