Sunday, February 9, 2014

Ariana Rose Episode 24

Assalamualaikaum..

Hye awk..awk..awk.. J


Siapa kat sini ada tengok cerita adaptasi dari novel yang tengah MELETOP sekarang nie.. ARIANA ROSE?? Nelly the one yang tak boleh nak tinggal tengok cerita nie, some of the story yang ada moral untuk diri kita why not  kita tengok kan. Nelly suka Love Story dan cerita Ariana Rose nie cerita yang awesome. Banyak skrip dia yang buat Nelly terfikir angguk-angguk setuju dengan skrip dia. Ada betul juga skrip-skrip dia tu kan. Contoh macam episod baru-baru nie (episode 24), saat-saat yang dinanti Ariana Rose dah kawin. Ayat Linda (sebagai adik angkat Ariana Rose). Siapa yang terlepas tak sempat tengok boleh tengok dekat SINI.


Linda: Kakak dah buat solat istikarah??

Ariana Rose: Dah

Linda: Alhamdulillah, maknanya kalau dah buat Solat Istikarah segala keputusan kita serahkan pada ALLAH. Sebab keputusan dari ALLAH adalah yang terbaik.

Ariana Rose: InsyaALLAH. Kakak harap esok perjalanan perkahwinan kakak akan berjalan lancar.


Wink-wink (*_*) siapa yang dekat luar sana ada buat solat istikarah selepas dia buat keputusan nak kawen tu??? Nelly nak buat cmtu gak la bila nak kawen nanti. InsyaALLAH berkat nanti hidup kita.

Kawin tanpa melihat rupa paras bakal suami hanya dengan tahu nama bakal tunang Adam Muhkriz. Memang sweetkan, tapi novel boleh la, kalau reality ada ke? Jangan nak berangan la kan. Nelly suka babak mak Ariana Rose bagi nasihat pada malam terakhir Ariana Rose jadi “anak dara” dia. 


Umi Rose: Rose, mulai esok Rose akan jadi isteri Adam. Rose kena taat dan patut pada dia. Itu jalan untuk Rose pergi syurga. Umi nie tak banyak ilmu, tapi dah 26tahun umi dalam perkahwinan dan dah ada 2 perkahwinan. Suami di ambil orang, perceraiaan dan umi tak nak Rose tempoh semua itu. Jadi Rose kena pegang nasihat umi. Kesilapan umi dulu, sebab umi tak pandai cemburu, umi tak pertahankan hak umi. Umi redho ja. Rose dengarla cakap umi, selagi dia suami kita. Kita kena pertahankan hak kita, bukan dengan cara memarahi dia tapi cari kelebihan dan kelemahan dia dan cuba goda dan ikat hati dia.


Sob sob :’) .. Best kan dapat nasihat camni dari seorang ibu yang dari kecil sentiasa mendoakan kebahagian untuk anak dia. Hope my mom will give me nasihat yang sama. Ada betul juga kan cakap umi Ariana Rose tu kan. Wahai Si Isteri, selagi dia masih bergelar suami korang. PERTAHANKAN la hak korang, jangan la nak cari kesalahan dan kelemahan Si Suami. Mungkin Si Suami ada buat salah tapi jika korang masih sayang rumah tangga korang, Maafkan la dia cuba goda dan ikat hati Si Suami itu pun kalau korang masih perlukan suami korang. Cari kelemahan dan ungkit kisah lama tu bukan cara yang betul, buang ego dan perbetulkan diri itu lagi penting.

Okey la, Nelly nak pergi tangkap cium mummy Nelly. Biar dia pelik kenapa Nelly tiba-tiba cium dia. Sure dia akan reply Nelly camni “ Akak kenapa??buang tabiat dah??ada gaduh gan sapa-sapa la tue".. My mum selalu kalau Nelly pergi sondoi-sondoi (cuba search pakcik google apa tu sondoi) mesti dia ingat Nelly ada masalah. Itu la naluri seorang ibu. Ibu mana nak tengok anak dia sedih. Sakit anaknya, sakit la juga seorang ibu tu.

Ni mummy titaaaa  kita... :)


Salam Petang,
CintaNelly


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)