Tuesday, January 28, 2014

Cerita AJL 28

Hye Semua, Assalamualaikum..

Today nak borak-borak pasal Anugerah Juara Lagu 28 (AJL). Siapa yang tengok live? Siapa yang tengok tv? Nelly tengok TV jaa, sob sob. So cmne?Best tak?? Bagi pendapat Nelly la, pembukaan cam biasa-biasa ja and penutup pun bosan. AJL 27 macam lagi rancak bila last sekali ada persembahan dari penyanyi tahun 90an. Lagu jiwang karat zaman 90an best juga kan skali skala dengar (dengar bila frust bercinta la) memang tangkap leleh laa..Tapi AJL 28 nie penutup cam xda meaning sangat.

So JUARA AJL memang Nelly dah dapat agak da Hafis menang dengan lagu “Bahagiamu Deritaku”. Lagu tu dia bawa dengan penghayatan yang sangat-sangat tangkap leleh, tone suara dia boleh buat wanita jatuh cinta. 
Tengok hafis dengan betul-betul penghayatan nyanyi, so tak heran la memangkan.

Actually lagu nie, memang salah satu fav Nelly kononnya lagu nie membawa makna yang tersendiri buat diri Nelly. Bila dengar lagu nie, Nelly akan terkenang berakhirnya cerita kisah cinta Nelly. So tak payah nak cerita la cmne leh putus. Dengar lagu nie pun dah boleh bayang cmne pengakhiran kisah cinta Nelly yang dipupuk selama 5tahun. But im sure, bukan Nelly ja yang jadikan lagu “Bahagiamu Deritaku” nie sebagai lagu tema pengakhiran kisah cinta diorang. But overall lagu nie memang best walaupun layan sorang-sorang beribu-ribu kali pun ulang-ulang tetap air mata mengalir juga. 

Putus cinta amat memeritkan. Semua org sedia maklum tu kan. Yang penting cara cmne kita nak handle. Apa-apa pun Nelly doakan Si Dia bahagia di samping isteri tersayang, Kenangan bersama nya akan ku simpan hingga jannah.

Selain lagu “Bahagiamu Deritaku” by Hafis nie Nelly ada target lagu “ Kau yang terindah” by alyah. Tapi tak ada rezeki dia nak buat cmne kan. Apa-apa pun I like sangat word dia waktu nak start nyanyi.

Duhai Tuhan, Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan memperolehi kewarasanku.
Maka biarkanlah aku menjadi gila seumur hidupku.

Duhai Tuhan, Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebarang makna.
Biarkanlah cintaku tumbuh.
Biarkanlah ia semakin merekah dan mekar meskipun aku telah layu dan mati.


Fuhhh ayat dia.Sungguh menusuk kalbu kan ayat dia. Sesuai diberi untuk “cinta sejati”. Tapi siapakah cinta sejati Nelly??? Tu masih menjadi tanda Tanya. Tunggu mama dia sarung cincin dekat jari manis Nelly baru berani umum “cinta sejati” kan. 

Btw Nelly suka makeup Alyah, sweet je..tak over sgt, dgn lipstik pink.

Apa-apa pun tahniah pada yang menang, and pada yang tak menang anda dah dikira pemenang dah sebab korang dah buat yang terbaik and berjaya memukau hati kami..


Cinta Nelly.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih tinggalkan comment untuk Nelly, keep in touch ye. =)