Tuesday, January 28, 2014

Cerita AJL 28

Hye Semua, Assalamualaikum..

Today nak borak-borak pasal Anugerah Juara Lagu 28 (AJL). Siapa yang tengok live? Siapa yang tengok tv? Nelly tengok TV jaa, sob sob. So cmne?Best tak?? Bagi pendapat Nelly la, pembukaan cam biasa-biasa ja and penutup pun bosan. AJL 27 macam lagi rancak bila last sekali ada persembahan dari penyanyi tahun 90an. Lagu jiwang karat zaman 90an best juga kan skali skala dengar (dengar bila frust bercinta la) memang tangkap leleh laa..Tapi AJL 28 nie penutup cam xda meaning sangat.

So JUARA AJL memang Nelly dah dapat agak da Hafis menang dengan lagu “Bahagiamu Deritaku”. Lagu tu dia bawa dengan penghayatan yang sangat-sangat tangkap leleh, tone suara dia boleh buat wanita jatuh cinta. 
Tengok hafis dengan betul-betul penghayatan nyanyi, so tak heran la memangkan.

Actually lagu nie, memang salah satu fav Nelly kononnya lagu nie membawa makna yang tersendiri buat diri Nelly. Bila dengar lagu nie, Nelly akan terkenang berakhirnya cerita kisah cinta Nelly. So tak payah nak cerita la cmne leh putus. Dengar lagu nie pun dah boleh bayang cmne pengakhiran kisah cinta Nelly yang dipupuk selama 5tahun. But im sure, bukan Nelly ja yang jadikan lagu “Bahagiamu Deritaku” nie sebagai lagu tema pengakhiran kisah cinta diorang. But overall lagu nie memang best walaupun layan sorang-sorang beribu-ribu kali pun ulang-ulang tetap air mata mengalir juga. 

Putus cinta amat memeritkan. Semua org sedia maklum tu kan. Yang penting cara cmne kita nak handle. Apa-apa pun Nelly doakan Si Dia bahagia di samping isteri tersayang, Kenangan bersama nya akan ku simpan hingga jannah.

Selain lagu “Bahagiamu Deritaku” by Hafis nie Nelly ada target lagu “ Kau yang terindah” by alyah. Tapi tak ada rezeki dia nak buat cmne kan. Apa-apa pun I like sangat word dia waktu nak start nyanyi.

Duhai Tuhan, Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan memperolehi kewarasanku.
Maka biarkanlah aku menjadi gila seumur hidupku.

Duhai Tuhan, Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebarang makna.
Biarkanlah cintaku tumbuh.
Biarkanlah ia semakin merekah dan mekar meskipun aku telah layu dan mati.


Fuhhh ayat dia.Sungguh menusuk kalbu kan ayat dia. Sesuai diberi untuk “cinta sejati”. Tapi siapakah cinta sejati Nelly??? Tu masih menjadi tanda Tanya. Tunggu mama dia sarung cincin dekat jari manis Nelly baru berani umum “cinta sejati” kan. 

Btw Nelly suka makeup Alyah, sweet je..tak over sgt, dgn lipstik pink.

Apa-apa pun tahniah pada yang menang, and pada yang tak menang anda dah dikira pemenang dah sebab korang dah buat yang terbaik and berjaya memukau hati kami..


Cinta Nelly.

Thursday, January 16, 2014

Menderita Sakit Gigi Geraham Bongsu ( Wisdow Teeth)


Tengok tajuk pun dah tahu Nelly nk story pasal apa kan?? Of cos la pasal gigi.. Siapa yang pernah rasa sakit gigi tu sure boleh agak cmne sakit tu. Mesti agak traumakan nak rasa lagi..Ada kadang-kadang tu rasa macam nak campak kerusi meja kan bila rasa sakit gigi nie..

Next week on 23/1/2014 Nelly kena minor operation untuk buang gigi bongsu nie. Setelah menderita lama. Akhirnya berani kan diri untuk cabut. Gigi bongsu Nelly nie dia tumbuh senget, sebab tu menyebabkan sakit. Doctor cakap dia akan potong ckt gusi, tarikan gigi then jahit balik gigi. Bunyi macam seram ja..Cmne nak jahit tu?Apa rasa benang dalam mulut??OMG..kejut perut bila bayang.


Bila baca blog kawan-kawan yang lain SERIOUS tobat xnak pergi hospital minggu depan. Semua nya cakap sakit sangat sangat.Seminggu tak boleh makan, kena makan bubur ja (ehem-ehem bab nie memang la suka, boleh diet sikit..weeee). Nelly sebenarnya takut dekat nak bagi ubat bius tu..Serius trauma dengan suntikan. 

Tapi kalau tak cabut hari-hari la Nelly akan lebih menderita. Sakit gigi nie buat Nelly tak ada mood, and tak ada selera makan. Hope everything berjalan lancar. Wish me ya.


Salam Sayang,
CintaNelly

Monday, January 13, 2014

I’m are SOPHIE PARIS member !!

Hye, finally im a Sophie Paris Member. Camne boleh start?? Mula-mula just sekadar teman kawan je. Just teman dia ambil barang tempahan dia, then sometime join event-event yang Branch Sophie anjurkan.

Lepas tu lama-lama dah tertarik pulak nak jadi member.Sebab jadi member dapat diskaun 20%. So kalau tak jadi member beli barang, tak ada diskaun better jadi member RM15 setahun then dapat diskaun dengan setiap pembelian..Awesome kan???

Nelly suka dress and shoe SOPHIE..memang kualiti, kain selesa and lembut. Shoe pula ringan and tak sakit kaki kalau pakai lama and even bertumit tinggi.


Sophie selalu buat event. So pada siapa-siapa yang weekend tak tahu nak buat apa tu. Meh la isi masa lapang dengan Nelly, boleh juga tambah kenalan kan.Inbox Nelly kalau nak join hang out sekali ek.. :)

I have goodie bag after register as member. Dalam goodie bag tu ada catalog, pen sophie, car sticker sophie, macam-macam laaa.. 

Nie la kawan yang secara tak lansung membuatkan Nelly join member

Ini barangan dalam goodie bag kawan Nelly dapat sebab dia masuk “Cat Walk” untuk catalogue launching.

Nanti ada masa..Nelly review barang-barang Sophie yang Nelly beli ye..Daaa..see ya..


Salam,
CintaNelly.

Wednesday, January 1, 2014

Hye-hye 2014

Happy New Year !!!

Thanks to 2013 untuk semua pengalaman, cabaran, suka-duka. Semua tu memang tak dapat nak dilupakan. Kenangan 2013 akan menjadi ingatan dan iktibar buat diri sendiri.

Banyak sebenarnya kenangan pahit manis 2013. Tapi nelly tak nak rasa sedih untuk meningalkan 2013. Kenapa?? Adalahhhh!! *cewah ada hati nak berahsia..

So jom imbas sedikit kisah nelly pada tahun 2013.

Bertukar tempat kerja. Sekarang kerja di bahagian IT, study pun IT juga. Kalau nak tanya sama tak apa yang kita stdy dengan kerja. Jawapannya, memang totally different. Boleh dikatakan 10% ja yang ada kaitan.


 Bersama rakan kerja melawat Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas Penang. Bila tengok kanak-kanak kat sana, sayu rasa hati buat nelly rasa nak lari-lari and peluk cium my mum and dad sambil cakap "Nelly sayang sangat2 kt diorg". Tolong la hargai ibu bapa anda and bersyukur pada apa yang anda sekarang. Kalau kecil-kecil dulu menangis guling-guling kat ibu bapa kita sebab tak dapat apa yang kita nak, better minta maaf sekarang. At least kita tak ditempatkan dirumah tu.



1st time join gotong royong buat Bubur Lambuk untuk disedekahkan kepada muslin pada bulan ramadhan. Habis gotong royong buat bubur nie, kitorg packing letak dalam bekas then kul5 terpacak depan Hotel edarkan bubur nie. Pengalaman yang menyeronokkan.



Bercuti sambil attend weeding cousin Sulaiman yang langkah bendul. Cucu sulong Nelly tapi tak ada jodoh lagi so dia kawen dulu. Sulaiman nie cucu no3..Muda lagi dia nie, baru 21 tahun tapi cmne la ye dia nak arrange family dia..



Raya 2013 whole family Zetty's with yellow colour..2012 semua blue. 2014 wait and see..


Make Over by Sophie Paris. OMG..1st time pakai bulu mata, rasa tak boleh kenyit mata langsung. Berat gila mata, memang sangat tak selesa. Macam mana la nak jadi pengatin, sehari kena pakai.


With Birthday Boy, kitorg buat surprise birthday party yang ke 16 years old. Siap ada band nyanyi birthday song at Jemputree Penang. Tersipu-sipu malu dia cium lilin hari tu.


Weeding Ziha
Wedding Wanie
Attend kawan-kawan weeding. Memang ramai tahap gaban la kawan-kawan yang kawen tahun 2013 nie. For sure tahun 2014 melawat baby diorang pulak..Bila nak buat majlis sendiri pun tak tahu lagi.


Bercuti di hatyai, 1st time ke negara Thailand ternyata blur, susah berkomunikasi dengan diorang. Diorang tak faham bahasa melayu (faham sikit-sikit), tak faham bahasa english. So pergi sana dah macam ayam and itik. Banyak guna isyarat tangan ja. Panjang la cerita kat sini, I will continue write a story about my holiday dekat hatyai haritu..




Habiskan hari-hari terakhir tahun 2013 dengan kawan-kawan di pesta penang. Kalau siapa yang belum sempat datang. Tahun depan la nampaknye. Sebab Pesta Penang nie just buka sehingga 31/Dec ja..Apa yg ada dekat Pesta Penang??Karpet, Baju,Bantal, Pakai "Back to School", Pertujukkan Konsert,Mainan ala-ala dekat genting. Pendek kata Macam-macam ada..Mai Singgah Penang ye tahun depan. 


Basically cerita Nelly 2013 selain kerja, enjoy my day with my BFF-Farhana Rahman, with my Family..My BF..opsss..Tak apa yang menarik selain menghabiskan masa-masa yang ada dengan orang tersayang, melihat mereka tersenyum ada saat yang paling bahagia. 

Maaf ye kalau ada buat apa-apa salah pada tahun 2013. Mana taw ada salah cakap ka, or ada sakitkan hati siapa-siapa secara sengaja or tak sengaja. Buka buku baru ye untuk 2014.

What i hope for my 2014?? Im hopping to be a "more" good daughter to my mum and sample yang terbaik for my adik-adik..Better person for next year..Lebih menghargai masa yang ada, tak nak buat kerja sia-sia. I will try to manage my time in good way...InsyaALLAH..

Salam,
CintaNelly.