Wednesday, December 31, 2014

Moment 2014

Assalamualaikum..


Yeahhh 2015 !!! Bye-bye 2014.. I gonna miss u..

Rasa sekejap je masa berjalan, memang tak rasa. Tapi fikir balik apa yang terjadi 2014. Banyak rasanya yang tak mahu terjadi tapi terjadi.. Memang tak boleh nak bayang Nelly boleh lalui semua nie, if i can turn the time. I will do that..Tapi apa nak buat life must go on..Apa yang boleh Nelly buat perbaiki diri jadi yang lebih baik, yang mana ada rasa perlu diperbaiki kena bertindak sekarang. Sedar dari kesilapan sebelum terlambat that is the best way. I promise to myself I will do sehabis habis baik. PROMISE !!!!  Mother, Tok, Maksu, Bapa Im sooo sorry for what i done on 2014. I have no way, i know what i do is wrong but i cannot turn up. Apa yang berlaku telah pun berlaku.. I really really sorry.. :'(

Let go imbas kembali kenangan-kenangan 2014. :)


-January-

Sophie Paris make over

Make over, tapi Nelly minta tak nak over


-February-

My 1st anniversary give. Thanks you Mr.D :)




-March-

First AID Compatation antara Hotel-hotel di Penang. Hotel kami Top 5 yoo. :)




-April-

Jalan-jalan dengan my beloved BFF ke Pulau Aman, pekena mee udang dekat sana..Sedap gila, udang sangat la fresh. 




-May-

Mother day celebration at Eastern Oriental Hotel, Penang.




-June-

Kursus Kahwin.. Setapak ke alam perkahwinan.




-July-

Celebrating my birthday with family and friend.. Thanks uall for the suprise and present. Really appreciate it.





-Sep-

Celebrating My Mum Birthday at Lone Pine Hotel, Penang.


-Nov-

Celebrating Birthday My Boyfriend.. 



-December-

Family holiday at Ho Chi Minh City, Vietnam




-Tutup buku 2014-

See You Next Year !!!




Monday, December 29, 2014

Percutian Idaman

Assalamualaikum,

Entry nie adalah untuk menjawab entry yang lepas. Siapa belum baca, sila baca dekat SINI

Jawapan:

Kenapa Ho Chi Min City bukan citarasa holiday yang Nelly impikan. Ho Chi Min City bagi Nelly sesuai untuk siapa yang nak buat business kain pasang, baju kurung boleh la pergi sana because you will get better price there. Tapi kalau sekadar nak beli 2 3 helai, tak berbaloi better beli dekat Malaysia. So Nelly impikan percutian yang macam nie..Mesti korang cakap "Eleh berangan boleh la"..Tapi tak kisahla, asalkan berangan dengan impian.. :)


- Bali -








- Bandung -


Gunung Tangkuban Perahu, Bandung


Kawah Putih Cikiwey, Bandung



-  Sabah -









-  Krabi -









-  Pulau Perhentian -







-  Bukit Fraser -







Ha camni la percutian yang bestttt.. Relaxing, nyaman, udara dia best. Tak sibuk or banyak kereta sangat. Setakat nie berangan ja dulu, bila nak pergi tak tahu lagi. Kumpul duit dulu.  Tak apa InsyaALLAH ada rezeki sampai la juga.

Amin...

Saturday, December 27, 2014

Ho Chi Minh City, Family Holiday 2014

Assalamualaikum...

Hi korang, Happy Merry Chrismest untuk kawan-kawan yang menyambutnya. Baru-baru nie Nelly sekeluarga ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Percutian 4hari 3malam. Overvall awesome la, just kepenatan sikit la. Tapi kalau uallsss tanya Nelly rasa nak pergi lagi ke tak. I will say NO!! Kenapa NO?? Kena baca sampai habis. :)

Ho Chi Minh City satu bandar yang sibuk, banyak motosikal sampai nak lintas jalan pun takut. Orang yang bawa motosikal dekat sana memang brutal. Senjata diorang hanya bunyikan hon. Kalau dekat Malaysia cuba la bunyikan Hon tengok, tak pasal kena belasah dengan stering kereta..hahaha

Nelly pergi naik flight dari Penang Airport ke KLIA dari KLIA ke Ho Chi Minh City. Perjalanan dalam 4jam juga, mungkin sebab buang masa tukar-tukar flight. Shopping dekat Ho Chi Minh City boleh guna matawang Ringgit so kita tak payah risau cari money changer dekat sana. So Nelly pergi sana tanpa bawa satu Dong Vietnam pun kesana. Sampai sana baru tukar duit Dong sikit.

Nie 1st time trip ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Memang tak ada apa-apa knowledge tentang bandar Ho Chi Minh nie, yang tahu diorang cakap kain-kain murah. Nelly pergi dengan tour kawan kepada cousin mak Nelly, dia yang booked hotel, makan dari breakfast sampai ke dinner (kalau nak join tourism dia boleh PM Nelly ye). So memang tak payah risau bab makan kat sana. Makanan kat sana memang tak berani beli, takut ada bahan-bahan yang mencurigakan. Kopi dekat sana pun ada bahan yang tak halal. So kena hati-hati. Memang ada Restoran melayu dekat sana, tapi menurut Tourism Guide Nelly cakap owner kedai je melayu tapi yang masak dekat belakang orang non muslim. So cara masak diorang tak sama dengan kita. Entah bersih ke tak.

Jom jamu mata dengan gambar-gambar yang sempat Nelly rakamankan buat kenangan Nelly bercuti untuk tahun 2014.

P/S: Sorry ye, entry kali nie banyak gambar, jadi akan melambatkan downloading. Harap bersabar ye.


:: DAY 1 ::

Penang International Airport with My Mum


Pintu Masuk Kapal Terbang MAS - My mum orang pertama masuk sebab dia terlalu excited nak pergi berjalan.


Nelly dapat seat dekat sayap kapal terbang yooo. Cuaca elok soo hilang sikit nervous kapal terbang bergoyang-goyang..


My mum orang paling bising dalam kapal terbang. Dia teruja naik kapal terbang tapi bila dah sampai Ho Chi Minh dia dah pening-pening, mabuk kapal terbang kot. 


This Caption dalam flight from KLIA ke Ho Chi Minh
 with maksu Nelly dan sebelah sana my makcik sedara. Rombongan kitaorg ada la dalam 18 orang. 


Add caption
Kami dah sampai Airport Ho Chi Minh. Maksu tengah tunggu bag dengan kesabaran, risau la tueww bag dia hilang.


Ni bilik kami stay. No bad. Kami selesa. Satu bilik dua orang, Nelly stay dengan mummy Nelly.


Toilet dia pun bersih, memang kami selesa.


Nelly stay dekat Hainam Hotel, hotel nie dekat ja dengan Night Market, Money Changer. Kalau nak beli air or janjan, sebelah hotel ada Happy Mart. Pendek kata senang nak kemana-mana.


Ha nie la Night Market yang Nelly sebut tadi. Memang besar night market ni dibuka setiap hari, macam-macam ada jual. Tudung, baju T-Shirt Vietnam, Handbag, Kain Pasang. Pendek kata macam-macam, dekat sini diorang accept matawang RM.


Keadaan malam di Ho Chi Minh yang agak sibuk, motosikal yang menyeramkan. Mummy Nelly hampir nak kena langgar, sebab lintas jalan tak tengok betul-betul. Mungkin dia confuse lalu lintas diorang terbalik dengan kita. Diorang datang dari arah kiri. Bahaya sungguh. 


:: DAY 2 :

Breakfast sebelum nak pergi shoppingggg.. Nak pergi shopping makan pun tak lalu ualls..Tapi mungkin juga tak lalu sebab taste dia tak sama  macam Malaysia. Rasa lain. 


Lepas breakfast, bus dah tunggu keluar kedai nak bawa kitorang shopping...


Nie Tour Guide kitorang. Nama dia Hanafi. Dia Islam dan boleh bertutur bahasa melayu. Senang sikit nak bersembang. So sepajang kami kat sana, dia yang ditugaskan untuk bawa kami jalan-jalan. Kalau korang perasan driver kitorang duduk belah kiri, memang tak sama dengan Malaysia. Jadi confuse sikit.


Salah satu tempat menjual kain pasang yang murah-murah. Rambang mata kalau masuk dalam nie, semua duk tarik-tarik kita suruh beli kain diorang. Tarik tak nak lepas pulak tu.


Lepas shooping kain pasang, kami dibawa melawat War Museum.


Bila lagi kan boleh tengok kereta kebal depan-depan. :)



:: DAY 3 :

Day 3 kami melawat perkampungan orang vietnam. Kena naik bot taw nak ke sana.


Dalam bot kami diberi sedikit keterangan tentang budaya orang vitenam. Apa aktiviti yang diorang buat di kampung diorang. Apa ada di kampung orang Vietnam. Scroll sampai bawah..


Belakang nie semua kami punya ahli rombongan. Kira okla pergi mana-mana semua group kami ja tak campur dengan orang. 


Ok dah nak sampai dah perkampungan orang vietnam. Nampak tak rumah-rumah diorang tu.. :)


Kami sempat cuba madu lebah asli vietnam. Nelly yang tak suka makan madu lebah jadi ketagih pulak balik Malaysia. Air teh limau madu lebah panas memang tak akan Nelly lupa. Sedap sangat-sangat.


Gelagat Mummy tak rasa air madu lebah, tapi takut. :)


Mummy kita tengah tawar menawar. Gila banyak kraf tangan yang cantik-cantik diorang buat, dekat sini tempat yang sesuai nak beli souvenirs untuk bawa balik Malaysia,.




Dekat sini kami dihidangkan untuk makan buah-buahan tempatan diorang. Gila manis macam gula.


Sambil makan buah kami dihidangkan dengan nyanyian kebudayaan orang vietnam. Walaupun tak faham, tapi dengar jala.


Bukan saja bot tapi sampan pun kitorang naik ualls. Sampan nie salah satu kederaan penduduk Vietnam untuk keluar ke bandar la. Bersusah payah diorang kayuh, berebut-rebut.


Tua-tua pun masih kuat mengayuh sampan mencari rezeki. Penduduk Vietnam nie masyarat terlalu ramai, jadi peluang pekerjaan terhad. Macam nie la diorang cari rezeki. Apa-apa pun memang tabit dengan kecekalan diorang. Rajin sungguh.


Jangan gelak!! Yang depan sekali tu dah macam anak angkat rakyat Vietnam dah.. Haha


Kami diberi pakai topi nie sebab kami jalan bawah dahan-dahan pokok kepala sawit, mana tahu kalau-kalau pokok kelapa sawit. Mana tahu malang tak berbau. So topi nie for safety reason la.



Mummy naik sampan lain dengan Nelly. Dah berpecah.


Bukan sahaja masjid, tapi ada kedai makan dalam tu. So kiorang makan lunch dekat sini. Memang tak payah was-was halal ke tak. Memang sah-sah halal, tukang masak pun Islam.


Hidangan yang disediakan untuk lunch kami.


:: DAY 4 :

Sementara Bus datang hantar kitorang ke Airport.

Lobby Hotel.


The End..

Untuk Menjawab persoalan tadi. "Kalau diberi peluang Nelly nak pergi lagi ke tak Vietnam?? I will say NO!! Kenapa NO?? "

Nelly jawab di next entry la ye. Kalau nak jawab dekat sini sure fedup korang nak baca sebab loading slow sangat, dahla entry nie full of picture ja. See u next entry ya..: )